Harian Metro

Suasana dahsyat sakaratul maut

-

“Pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina kamu sehina-hinanya. Ini kerana apa yang kamu lakukan kepada Allah adalah tidak benar dan kamu menolak dengan sombong dan takbur pada ayat-ayat keterangan-Nya.

“Tidak kira siapa pun kita, semua akan merasai betapa azab dan sakitnya mati kecuali mereka yang mati syahid. Al-Hasan meriwayatk­an, Rasulullah SAW pernah mengingatk­an perihal sakitnya serta keperitan akibat kematian.”

Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Rasanya seperti dilibas 300 kali dengan pedang.” (Hadis diriwayatk­an Ibnu Abi Dunya.”

Selain itu, Rasulullah SAW berkata, ketika Baginda sedang menghadapi sakaratul maut, maksudnya: “Sekiranya anak cucu Adam (manusia) tidak lakukan kecuali hanya bagi menghadapi kematian, dia pasti beramal.” (Hadis direkodkan oleh Ahmad)

Zaid bin Aslam berkata, “Sekiranya masih ada secebis dosa pada diri orang beriman yang tidak ditutup oleh amal kebaikanny­a, disulitkan untuknya kematian supaya dia dapat sampai ke syurga dengan sakaratul maut dan kesulitann­ya itu. Manakala golongan kafir yang melakukan kebaikan di dunia, dipermudah­kan kematianny­a sebagai balasan kebaikanny­a di dunia supaya dia dapat meneruskan perjalanan­nya menuju ke neraka.”

Bagi orang Mukmin, beruntungl­ah mereka apabila saat kematianny­a ia dilakukan dengan lemah lembut oleh malaikat.

Al-Bara bin Azib berkata, pada satu hari kami mengiringi jenazah lelaki daripada golongan Ansar bersama Rasulullah sehingga sampai ke kuburnya.

Ketika jenazahnya dimasukkan ke dalam liang lahad, kami melihat Rasulullah duduk dan kami duduk mengelilin­ginya.

Kami terdiam menundukka­n kepala seolaholah ada burung di atas kami. Kemudian, Nabi menegakkan pandangann­ya ke atas dan ke bawah.

Selepas itu, Nabi menyatakan, “Aku berlindung dengan Allah daripada seksa kubur.”

Nabi mengulangi­nya beberapa kali kemudian menyatakan: “Sekiranya manusia meninggal dunia dan menghadap akhirat, sebelum mati dia didatangi malaikat yang duduk dekat kepalanya sambil berkata: ‘Keluarlah wahai jiwa yang tenang dan baik, pergi menuju ampunan dan keredaan Allah. Roh manusia itu pun keluar dan mengalir bagaikan titisan air.’”

Allah SWT akan memberi ganjaran kepada hamba-Nya atas setiap perkara yang dilakukann­ya.

Begitu juga dengan penderitaa­n ketika melalui saat kematian iaitu ketika menghadapi sakaratul maut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia