Harian Metro

Harap 70% mengundi

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@nstp.com.my

„ SPR giat promosi, hebahan umum galak pemilih tunai tanggungja­wab

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) menyasarka­n 70 peratus keluar mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong dan PRK DUN Seri Setia Sabtu ini.

Justeru, SPR mempergiat­kan promosi dan hebahan umum sepanjang tempoh kempen kedua-dua PRK itu yang hanya berbaki empat hari.

Timbalan Pengerusi SPR Tan Sri Othman Mahmood berkata, pihaknya meletakkan sasaran lebih tinggi berbanding peratusan kecil yang keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Kandis sebelum ini.

“Jumlah itu (70 peratus) hanya jangkaan awal berikutan kita memahami keadaan ketika ini berbeza dengan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

“Namun, bagi menarik pengundi turun menunaikan tanggungja­wab mereka, kita melaksanak­an inisiatif termasuk hebahan menerusi Unit Bergerak Jabatan Penerangan dan hebahan media massa.

“Kita meminta semua calon parti bertanding menerusi kempen mereka membantu membuat hebahan menggalakk­an pengundi keluar mengundi 8 September ini,” katanya selepas meninjau proses pengundian awal di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, semalam.

Pengundian awal bagi PRK Seri Setia itu membabitka­n 2,770 orang termasuk 173 pegawai dan anggota polis yang mengundi di Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) TTDI Jaya.

Bagi PRK Balakong pula, 28 pengundi awal terdiri daripada anggota polis selesai mengundi di Kuarters Balai Polis Seri Kembangan, sehingga jam 12 tengah hari semalam.

Othman berkata, pihaknya belum menerima sebarang laporan rasmi mengenai kes atau salah laku sepanjang kempen kedua-dua PRK berkenaan.

“Kita secara rasmi tidak menerima laporan mengenainy­a, namun ada yang tidak rasmi seperti di (FB) atau sebagainya mengenai kes salah laku.

“Justeru, kita meminta laporan dibuat terus kepada penguat kuasa SPR jika mempunyai maklumat seumpama itu,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN anggota tentera beratur sebelum memasuki dewan untuk mengundi awal di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam.
SEBAHAGIAN anggota tentera beratur sebelum memasuki dewan untuk mengundi awal di Dewan Serbaguna Ababil, Pangkalan Udara TUDM Subang, semalam.
 ??  ?? ANGGOTA polis membuang undi awal di Balai Polis Seri Kembangan.
ANGGOTA polis membuang undi awal di Balai Polis Seri Kembangan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia