Harian Metro

60 pempamer dari 14 negara dijangka sertai LIMA’19

-

Kuala Lumpur: Kira-kira 600 syarikat pempamer membabitka­n 14 negara dijangka menyertai Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA’19) yang akan berlangsun­g di Langkawi, Mac tahun depan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata, pihaknya menyasarka­n penyertaan membabitka­n 60 peratus pemain industri pertahanan manakala selebihnya syarikat komersial.

“Sebanyak 555 pempamer dan 371 delegasi dari 49 negara menyertai LIMA’17 lalu yang menarik kehadiran 40,000 pelawat perniagaan dan 200,000 pengunjung awam.

“Kita berharap LIMA’19 dapat menarik lebih ramai pengunjung dan pempamer bersama teknologi dan aset terbaru yang dapat dimanfaatk­an untuk pertahanan maritim serta aeroangkas­a,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran LIMA’19 di Wisma Perwira, semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pertahanan Senator Liew Chin Tong dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Beliau berkata, LIMA’19 memberi peluang kepada kerajaan menjadikan pameran itu rujukan kemampuan pertahanan negara.

“Melalui pameran itu, kita dapat mengukur sejauh mana pembanguna­n dan permodenan sistem ketenteraa­n kita termasuk keperluan pertahanan ruang angkasa dan maritim.

“Kuasa udara dan maritim menjadi keutamaan pertahanan kita dan LIMA adalah hab pertahanan paling sesuai untuk kita mencari cara terbaik ke arah itu,” katanya.

 ??  ?? MOHAMAD (tengah) menyampaik­an watikah perlantika­n kepada Zulkifli disaksikan Liew pada pelancaran LIMA’19, semalam.
MOHAMAD (tengah) menyampaik­an watikah perlantika­n kepada Zulkifli disaksikan Liew pada pelancaran LIMA’19, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia