Harian Metro

Tidak terkesan isu nasional

- Rohaniza Idris roha@nstp.com.my

Isu nasional dijangka tidak akan memberi kesan langsung kepada jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia, Sabtu ini.

Calon Pakatan Harapan (PH), Halimey Abu Bakar berkata, beliau yakin pengundi akan terus keluar mengundi dan bijak membuat pertimbang­an ketika mengundi.

Katanya, beliau yakin isu nasional seperti Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) dan penggugura­n kes rasuah membabitka­n Menteri Kewangan, Lim Guan Eng tidak menjejaska­n sokongan pengundi kepada PH.

“Kedua-dua isu itu tidak ada kaitan dengan Seri Setia, maka ia tidak memberi kesan kepada pengundian pada Sabtu ini.

“Insya-Allah, tidak akan wujud persepsi dalam kalangan pengundi dengan dua isu ini,” katanya pada sidang di Bilik Gerakan PH di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kemungkina­n isu berkaitan pelaksanaa­n SST dan penggugura­n kes pertuduhan rasuah membabitka­n Guan Eng akan menjejaska­n sokongan pengundi kepada PH.

Halimey berkata, beliau bersedia membantu menyalurka­n maklumat dan aduan berhubung SST kepada Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Katanya, jika pengundi ada kemusykila­n, ingin bertanya dan mahu membuat aduan mengenai SST, mereka boleh kemukakan kepada beliau untuk disalurkan kepada KPDNHEP.

“Saya dan rakan bersedia membantu dalam isu ini,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, jika terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Setia, beliau bercadang melaksanak­an pemantauan dan menubuhkan pangkalan data serta audit untuk semua taska di kawasan berkenaan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan semua taska itu mematuhi peraturan ditetapkan.

“Bagi meringanka­n beban ibu bapa untuk menampung kos penjagaan anak mereka, saya suka mengingatk­an lagi bahawa Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) ada mewujudkan skim bantuan kewangan kepada ibu bapa yang kurang berkemampu­an.

“Untuk anak Selangor, Skim IPR Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS) diwujudkan bagi membiayai pendidikan untuk mereka, IPR Tunas dan IPR Si Kembar juga disediakan bagi membantu anak di taska dan tadika.

“Ibu bapa yang layak tetapi belum menikmati faedah skim IPR ini boleh mengunjung­i Pusat Khidmat Masyarakat DUN Seri Setia untuk mendapatka­n penerangan mengenai bantuan dalam hal penjagaan anak-anak di taska yang berdaftar,” katanya.

„ Calon PH optimis sokongan pengundi tidak terjejas dengan isu SST, kes rasuah Guan Eng

Pemilih berdaftar terdiri daripada 69 pegawai dan anggota polis melaksanak­an tanggungja­wab mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, bermula jam 8 pagi semalam.

Pengundian awal dijalankan di pusat mengundi di Kompleks Stor Material Spesifik (SMS) TTDI Jaya, di sini.

Tinjauan mendapati proses pengundian di lokasi itu berjalan lancar dan terkawal.

Hadir sama, calon Pakatan Harapan bagi PRK itu, Halimey Abu Bakar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjay­a Pilihan

Raya (SPR),Tan Sri Othman Mahmood turut hadir meninjau pusat mengundi itu jam 10.30 pagi.

Pengundian awal membabitka­n keseluruha­n seramai 2,770 pengundi termasuk 173 pegawai dan anggota polis yang mengundi di Kompleks SMS Polis Diraja

Malaysia (PDRM), di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia