Harian Metro

Yakin dengan diri sendiri

- DARI MUKA R23

Pada majlis itu Ara menghiburk­an lebih

500 tetamu dengan menyampaik­an tiga lagu termasuk dua single yang mendapat perhatian iaitu Bunga dan Warkah Untukku.

Menurut Ara, walaupun ramai rakan artis seangkatan melakukan gimik, Ara berpandang­an sesetengah artis ini tidak yakin dengan lagu mereka.

“Saya rasa individu yang memilih melakukan gimik ini ialah mereka tidak yakin dengan lagu yang dibawakan.

“Disebabkan itu mereka memilih jalan itu sebagai cara untuk meraih perhatian umum,” katanya.

Walaupun ada pihak memintanya melakukan gimik, Ara sebolehbol­ehnya cuba menolak kerana bukan mudah untuk melakukan gimik yang bijak.

“Ada yang minta saya lakukan gimik dan begitu juga sebaliknya. Namun, saya memilih untuk tidak melakukan kerana bukan mudah untuk mencari gimik yang bijak supaya peminat tidak benci.

“Kalau gimik seperti gosip bercinta atau mengalami tekanan jiwa yang dilakukan sesetengah artis sudah terbukti mendapat kecaman teruk kerana dikatakan berbohong.

“Jadi seelok-eloknya kita yakin dengan diri sendiri. Biarlah lagu itu popular dengan kualiti tanpa sebarang gimik,” katanya.

Melihat penerimaan peminat terhadap Ara selepas menyertai program Akademi Fantasia 2016, dia dilihat antara bintang yang menyerlah berbanding juara pertanding­an itu serta bintang lain yang menyertai program terbabit pada musim berkenaan

Ara berkata, dia bersyukur dengan apa yang dikecapi hasil usaha kerasnya selama ini.

“Apa yang dikecapi ini adalah rezeki Tuhan dan setiap orang rezeki mereka berbeza-beza. Saya selalu berdoa supaya mereka juga turut berjaya, tapi mungkin sekarang ini masa saya.

“Saya selalu percaya, saya tidak akan selamalama­nya berada di atas. Mungkin selepas ini rezeki rakan yang lain. Namun, ada juga rakan yang berjaya dalam liga yang berbeza apabila ada yang menjadi pelakon,” katanya yang akan menghasilk­an single dalam masa terdekat ini. -Najiy Jefri

 ??  ?? ARA bersama barisan selebriti dan Pengarah Cuisine Ispire Sdn Bhd Fahrulrazi Kassim
(tiga dari kiri) pada majlis pembukaan restoran
Teh Tarik Place.
ARA bersama barisan selebriti dan Pengarah Cuisine Ispire Sdn Bhd Fahrulrazi Kassim (tiga dari kiri) pada majlis pembukaan restoran Teh Tarik Place.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia