Harian Metro

Buat kajian JADI ‘ANAK IKAN’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my Kurta rekaan sendiri

Shahzril kembali aktif menerusi drama bersiri 13 episod, Mencari Kiblat

Komitmen terhadap kerja dan masalah keluarga menyukarka­n Shahzril Ahmad, 29, memberi tumpuan sepenuhnya terhadap lakonan.

Selepas dua tahun berehat daripada bidang seni, pegawai sebuah jabatan kerajaan ini kini kembali aktif menerusi drama bersiri 13 episod berjudul Mencari Kiblat.

“Syukur, rezeki berlakon masih ada walaupun sudah dua tahun tidak muncul di kaca televisyen.

“Sekarang, saya boleh memberi tumpuan terhadap lakonan kerana masalah keluarga sebelum ini sudah selesai,” katanya.

Dalam drama yang bakal menemui penonton di TV3 pada 25 Oktober ini, Shahzril membawa watak sebagai lelaki simpanan atau ‘anak ikan’ bernama Aidil.

“Sebelum memasuki set penggambar­an, saya minta skrip awal untuk membuat persiapan supaya dapat memberi persembaha­n terbaik.

“Bagi memahami watak lelaki simpanan, saya turut mencari maklumat tambahan di Internet serta menonton video berkaitan.

“Saya membuat kajian bagaimana lelaki seperti ini dapat memikat wanita dengan ayat-ayat manis,” katanya.

Menurut pelakon itu, Mencari Kiblat yang turut dibintangi Zarul Umbrella mengetenga­hkan kelainan dengan menampilka­n penceritaa­n berbeza dalam setiap episod.

“Watak saya cuma muncul dalam satu episod dan penggambar­an pula hanya mengambil masa tiga hari. Waktu penggambar­an singkat antara sebab saya menerima watak itu.

“Tambahan pula, watak Aidil tidak susah, cuma perlu pandai bermain dengan bahasa tubuh kerana dialog banyak menggunaka­n ayat manis,” katanya.

Dua wanita yang menjalin hubungan dengan Aidil dilakonkan Farahdhiya dan Reen

Rahim.

“Pengarah memberitah­u saya sesuai untuk watak itu kerana muka 'jambu' selain kelihatan seperti jejaka awal 20-an.

“Bagaimanap­un, watak sebenar saya di realiti bukan seperti Aidil kerana tidak pandai mengayat wanita.

“Saya seorang yang lebih suka buat lawak,” katanya yang merancang mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, tahun depan.

Selain berniaga, pelakon ini turut menceburi bidang perniagaan sebagai pendapatan sampingan.

Dia memilih untuk mengeluark­an koleksi kurta rekaan sendiri serta minyak wangi yang diusaha bersama keluarga.

“Memang ada beberapa artis mengeluark­an kurta, namun saya percaya rekaan sendiri mampu menarik pelanggan.

“Sudah dua tahun saya jual kurta dan mempunyai ramai pengikut. Selepas ini, saya akan memperkena­lkan rekaan baru yang boleh dipadangka­n dengan songket,” katanya.

 ?? FOTO ?? Pengarah memberitah­u saya sesuai untuk watak itu kerana muka ̒jambu̓ selain kelihatan seperti jejaka awal 20-an
FOTO Pengarah memberitah­u saya sesuai untuk watak itu kerana muka ̒jambu̓ selain kelihatan seperti jejaka awal 20-an

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia