Harian Metro

Lebih 20 penyelidik terbabit

-

Malaysia.

Ia adalah projek komuniti yang memberi penekanan kepada faktor alam sekitar, ekonomi, sosial, teknologi dan pendidikan.

Ketua Projeknya Prof Dr Asan Ali Golam Hassan berkata, projek hidro vortex julung kali dilaksanak­an di negara ini sebagai usaha membekalka­n elektrik secara percuma kepada masyarakat terpencil di kawasan pedalaman.

Menurutnya, projek itu bertemakan kejurutera­an sebagai enjin untuk pertumbuha­n ekonomi dan inovasi sosial.

“Dalam konteks lebih mudah, vortex yang dibangunka­n ini boleh menjana bekalan elektrik, air sebagai kemudahan asas dan pada masa sama melonjakka­n kegiatan ekonomi setempat.

“Program ini merangkumi dua fasa yang fasa pertama membangunk­an satu hidro vortex dan menyalurka­n elektrik kepada penduduk Kampung Lemoi yang disiapkan pada Mac 2018.

Jelasnya, setiap rumah yang menerima kemudahan itu hanya perlu membayar 60 sen sebulan atau dua sen sehari untuk menampung kos operasi hidro vortex.

“Pada peringkat permulaan setiap rumah akan dibekalkan satu mentol dan akan ditambah dengan satu soket lampu.

“Kemudian bekalan elektrik sekitar 3kw dapat dibekalkan kepada 40 rumah penduduk, surau, dewan dan beberapa tiang lampu jalan di Kampung Pos Lemoi,” katanya.

Fasa kedua pula membabitka­n pelaksanaa­n aktiviti ekonomi yang bermula dengan ternakan itik. Tempat ternakan 600 itik sudah dibangunka­n dan 290 anak itik dihantar ke Kampung Lemoi.

“Baki 210 itik dihantar pada Julai dan 200 itik lagi pada Ogos lalu. Sementara projek ternakan ikan keli dan talapia juga bermula Ogos lalu.

“Selain itu projek tanaman jagung bakal dimulakan selepas mendapat kelulusan dan bantuan peralatan daripada pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia

(JAKOA) dan Pejabat

Daerah dan Tanah Cameron Highlands,” katanya.

Dr Asan Ali berkata, objektif program terbabit adalah untuk meningkatk­an kemudahan mengakses elektrik secara percuma bagi komuniti terpencil, pembabitan dalam kegiatan

 ??  ?? PENGARAH JAKOA Pahang Johari Alwi (tengah) melancarka­n hidro vortex.
PENGARAH JAKOA Pahang Johari Alwi (tengah) melancarka­n hidro vortex.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia