Harian Metro

Semua penerima adalah asnaf

-

Gerobok Rezeki turut mendapat bantuan Baitulmal Kuala Lumpur

Dalam pada itu,

Empire Project di bawah projek Food Bank pula memberikan sumbangan barangan makanan kepada 100 murid bernilai RM30 untuk setiap seorang.

Pengasas Kindness Malaysia Muhammad Kamarulazi­zi berkata, pemilihan sekolah berkenaan disebabkan kedudukann­ya di kawasan bandar dan mempunyai murid dikategori­kan miskin bandar.

“Semua 100 penerima adalah asnaf dan kami mendapat senarai nama mereka daripada Baitulmal Kuala Lumpur dan pihak sekolah.

“SK Datuk Keramat

(1) antara enam sekolah menerima manfaat daripada projek Food Bank yang setiap sekolah menerima bantuan barangan makanan dua kali setahun membabitka­n 700 murid keseluruha­nnya,” katanya kepada Nuansa.

Katanya, Gerobok Rezeki itu turut mendapat bantuan Baitulmal Kuala Lumpur dan akan dikekalkan di sekolah berkenaan.

“Ini sekolah kelima di Kuala Lumpur yang mempunyai Gerobok Rezeki. Sebelum ini, ia diwujudkan di masjid di ibu negara sebelum berkembang ke-50 masjid di seluruh negara.

“Gerobok Rezeki ini membolehka­n murid mengambil barangan makanan disediakan untuk dibawa pulang ke rumah.

“Kami mengalu-alu masyarakat luar untuk sama-sama membantu menyumbang supaya lebih banyak barangan dapat disediakan,” katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Datuk Keramat

(1) Siti Zaharah Nawawi berkata, program berkenaan sangat baik kerana dapat membantu murid mendapat makanan mencukupi ketika di rumah.

“Tidak dinafikan ada antara murid yang dilihat keletihan ketika berada di sekolah kerana kekurangan makanan disebabkan kesempitan hidup.

“Seharusnya mereka mendapat makanan mencukupi supaya boleh memberikan tumpuan sepenuhnya ketika di dalam kelas,” katanya.

Katanya, beliau akan menggalakk­an murid yang berkemampu­an dan guru untuk turut sama menyumbang kepada Gerobok Rezeki ini.

“Ini secara tidak langsung memupuk perasaan simpati kepada golongan kurang bernasib baik selain terdorong melakukan kerja kebajikan,” katanya.- Nor ‘Asyikin Mat Hayin

 ??  ?? MUHAMMAD, Pengurus Empire Projek Mohd
Ashraff Khan Najib (kanan) dan Siti Zaharah melihat bungkusan makanan diterima murid.
MUHAMMAD, Pengurus Empire Projek Mohd Ashraff Khan Najib (kanan) dan Siti Zaharah melihat bungkusan makanan diterima murid.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia