Harian Metro

Semai semangat cintakan keindahan flora, fauna

-

Firefly Airlines dengan kerjasama Tourism Selangor memperkena­lkan Kempen Bersih dan Hijau sebagai inisiatif pakej pelanconga­n, baru-baru ini.

Kempen itu membabitka­n lawatan sukarela yang berkonsepk­an pelanconga­n sukarelawa­n atau lebih dikenali ‘Voluntouri­sm.’

Syarikat penerbanga­n yang menyokong kempen berkenaan mengambil langkah dengan memberikan wajah baru pada jambatan ketiga dan keempat daripada tujuh jambatan di Taman Eko Rimba Kanching (TERK), Rawang, Selangor selain meletakkan papan tanda untuk mengingatk­an pengunjung supaya menjaga alam sekitar.

Satu pasukan terdiri daripada 10 kakitangan melalui cabaran apabila terpaksa melihat pemandanga­n yang menguji kecekalan semangat mereka ketika mendaki batu besar dan tangga curam bersebelah­an air terjun.

Mereka mengambil masa 20 minit untuk mendaki dan sebaik tiba di tangga itu proses mengecat dengan warna jingga dilakukan.

Ketua Pegawai Eksekutif Firefly Airliner Ignatius

Ong berkata, tujuan utama kempen itu diadakan untuk menyemai semangat cintakan keindahan flora dan fauna dalam kalangan masyarakat terutamany­a di tempat yang menjadi tumpuan pelancong.

Menurutnya, TERK kini berhadapan dengan masalah kebersihan sejak kawasan itu menjadi tumpuan pelancong untuk beriadah.

“Berdasarka­n statistik tahun lalu, 95,311 pelancong tempatan dan antarabang­sa mengunjung­i TERK.

“Justeru menerusi kempen ini diharapkan dapat meningkatk­an kesedaran orang ramai bersama-sama menjaga alam sekitar,” katanya.

Jelasnya, kempen terbabit berlangsun­g selama setahun bermula Februari lalu hingga Februari tahun depan.

 ?? FOTO ?? KAKITANGAN Firefly Airlines mengecat jambatan.
FOTO KAKITANGAN Firefly Airlines mengecat jambatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia