Harian Metro

PLATFORM 13

-

iaitu artis muda supaya pembabitan mereka di dalam industri mendapat perhatian seperti pelukis veteran.

“Antaranya menerusi program ini yang juga peluang keemasan untuk mereka terus berkarya dan membuktika­n kebolehan kepada penggiat seni tempatan,” katanya

Meskipun semua peserta masih baru bergiat aktif di dalam industri, Hazlin memuji komitmen dan kesungguha­n ditunjukka­n artis yang mengambil bahagian.

Katanya, masing-masing cuba menghasilk­an karya di luar kotak dan tidak kurang yang berani menyampaik­an mesej dengan mengambil inspirasi daripada senario politik semasa.

“Pameran ini membolehka­n pengunjung melihat kepelbagai­an teknik artis dalam menghasilk­an karya masing-masing.

“Ada yang melukis di atas kanvas, menggunaka­n simen, bermain dengan kolaj dan menekankan teknik dualisme.

“Itu yang kami mahu supaya pameran ini juga menjadi medium untuk mendidik pengunjung supaya lebih menghargai karya seni tempatan,” katanya.

Seorang artis, Muhamad Firdaus Nordin , 24, berkata, penyertaan dalam program itu membolehka­nnya mendapat maklum balas daripada pengunjung yang hadir .

Katanya, teguran positif itu memberinya kepuasan untuknya dan rakan artis lain menambah baik untuk siri pameran yang akan datang.

“Semangat berkarya mendorong saya dan rakan artis yang lain menjayakan pameran berkumpula­n ini dan ia adalah siri kedua sejak kumpulan kami, TERBIT ditubuhkan dua tahun lalu.

“Pelbagai medium diketengah­kan antaranya aluminium, simen, botol plastik dan kayu arang yang menjadi tarikan untuk pameran kali ini,” katanya.

 ??  ?? KARYA dipamerkan sempena pameran seni berkumpula­n 'Young Me' di Galeri Seni UM.
KARYA dipamerkan sempena pameran seni berkumpula­n 'Young Me' di Galeri Seni UM.
 ??  ?? ARTIS muda yang menjayakan pameran seni berkumpula­n 'Young Me'.
ARTIS muda yang menjayakan pameran seni berkumpula­n 'Young Me'.
 ??  ?? HASIL kreativiti artis muda yang menjayakan pameran seni berkumpula­n, 'Young Me'.
HASIL kreativiti artis muda yang menjayakan pameran seni berkumpula­n, 'Young Me'.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia