Harian Metro

Pemilihan teknik bergantung tujuan solekan

-

Jurusolek Neb Radzif, 28, yang mempunyai kepakaran dalam solekan kesan khas atau SFX mengakui kepakaran jurusolek amat diperlukan untuk menghasilk­an solekan kesan khasbiasa digunakan dalam industri perfileman seperti watak fantasi dan realistik.

Namun pada masa kini, aplikasi solekan

SFX semakin meluas dan dipraktikk­an dalam pelbagai bidang termasuk dalam kalangan pelaku permainan kostum (cosplayer).

Katanya lagi, SFX terbahagi dalam banyak kategori tetapi yang biasa digunakan dalam kalangan jurusolek adalah cecair getah dan tisu itampal pada muka pelakon bagi membentuk sesuatu misalnya kesan luka parah atau wajah kedut orang tua.

“Keadaan ini berbeza dengan jurusolek luar negara apabila mereka menterjema­hkannya menggunaka­n kaedah prostetik iaitu teknik membuat kulit palsu dengan acuan berdasarka­n wajah pelakon sebelum penggambar­an bermula. Objek kulit wajah palsu ini akan ditampal pada muka pelakon agar karakter

Neb peroleh

kemahiran menerusi Internet

dan bertanya kepada jurusolek

berpengala­man

nampak lebih semula jadi berbanding mekap biasa,” katanya.

Menceritak­an lebih lanjut, ujar Neb dia mula terbabit dalam lukisan wajah secara tidak sengaja atas ajakan seorang rakan. Sebelum itu, dia lebih memberi tumpuan terhadap seni visual dan ilustrasi.

“Saya tertarik dengan lukisan wajah sejurus selepas mencuba buat kali pertama dalam satu acara. Kepuasan yang saya peroleh sukar digambarka­n kerana dapat mengaplika­sikan apa yang saya minat bukan di atas kanvas kertas sebaliknya kanvas unik dan hidup. Saya mula belajar lebih mendalam menerusi laman sesawang dan YouTube seterusnya mempraktik­kan teknik ini sehingga tahu akan kewujudan solekan SFX,” ujarnya.

JENIS SOLEKAN

Secara umumnya solekan biasa untuk

 ??  ?? KESAN mengerikan dihasilkan menggunaka­n bahan prostetik.
KESAN mengerikan dihasilkan menggunaka­n bahan prostetik.
 ??  ?? CABARAN dalam memastikan solekan nampak semula jadi.
CABARAN dalam memastikan solekan nampak semula jadi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia