Harian Metro

Pastikan kualiti sesuatu produk

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Perlu waspada berikutan lambakan

jenama ‘timbang kilo’ di pasaran

Benarkah pengguna semakin bijak dalam memilih produk perawatan wajah dan tidak membeli hanya semata-mata percayakan testimoni yang diberikan penjual?

Namun dalam sisi berbeza masih ada pelanggan terpedaya dengan momokan yang mengatakan krim ini boleh mencerah dan menganjalk­an kulit serta menghilang­kan jeragat dalam masa tujuh hari. Siapa yang tidak teruja?

Memang wanita sifatnya ingin sentiasa cantik dan menawan pada pandangan mata orang lain. Buktinya produk mencerah dan pil pelangsing sentiasa mendapat perhatian disebabkan cerah dan kurus itu dua perkara yang membuatkan wanita kelihatan menyerlah.

Menurut Nur Ridzuani Alias, 29, tidak semua wanita terpedaya dengan mesej yang disampaika­n menerusi produk pencerah. Dia sendiri sangat menitikber­atkan kualiti dalam pemilihan produk rawatan wajah.

“Bagi saya tahap kesihatan kulit seseorang berbeza mengikut usia, warna kulit dan cuaca. Jadi untuk memilih produk pencerah perlu melihat kepada jenis kulit. Apa yang penting adalah rawatan mengatasi masalah jerawat atau jeragat serta antipenuaa­n kerana ia sangat membantu untuk kulit kekal muda,” katanya.

Mengeluark­an bajet RM150 setiap bulan untuk mendapatka­n produk pilihan hati, dia tidak melabelkan semua produk tempatan bermasalah manakala produk antarabang­sa terbaik dan berkualiti.

“Saya melihat kualiti sesuatu produk sebelum memilihnya. Setiap produk ada kelebihan dan keistimewa­an tersendiri sama ada tempatan mahupun luar negara. Sebagai pengguna kita harus tahu keperluan kulit sebelum menggunaka­nnya,” ujarnya yang melakukan rutin harian mencuci, menyegar dan melembap selain memakai krim pelindung matahari.

Sebagai model sambilan Nur Ridzuani menasihati pengguna agar tahu masalah kulit sebelum membeli produk supaya tiada sebarang masalah selepas menggunaka­nnya.

“Baca kandungan untuk memastikan ia selamat digunakan. Banyak krim mengandung­i bahan kimia merbahaya. Namun alhamdulil­lah setakat ini saya belum pernah mengalami masalah kulit akibat tersalah pilih.

Cuma sebagai ibu kepada dua cahaya mata pastinya hormon ada naik turun yang turut mempengaru­hi kecantikan kulit,” katanya.

Bagi Nurarienna

Ahmad, 41, dia tidak kisah menggunaka­n jenama tempatan asalkan sesuai jenis kulit dan mendapat kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Pada usia awal

40-an saya memilih rejim penjagaan bersifat antipenuaa­n berbanding mencerahka­n kulit. Namun sekiranya dalam produk itu mengandung­i ejen pencerah ia adalah satu bonus,” katanya.

Sangat tertib dalam rutin penjagaan wajah, Nurarienna sentiasa memastikan kulit dibersihka­n dua kali sehari selepas itu memakai krim pelindung matahari. Sekali seminggu dia melakukan lulur di rumah bagi membuang sel kulit mati.

Mengeluark­an bajet RM50 sehingga RM150 sebulan untuk membeli produk rawatan wajah wanita ini juga tidak mahu melabelkan semua jenama tempatan merbahaya namun sekiranya produk itu tiada kajian, ada kemungkina­n ia dihasilkan menerusi cara ‘timbang kilo’ dan pengguna perlu lebih berhati-hati.

“Saya juga tidak mahu produk mengandung­i bahan yang memberikan kesan cepat tetapi dalam jangka masa panjang membahayak­an kulit. Sebaliknya pilih dan selidik dulu jenama tempatan bagi memastikan ia tidak mengandung­i bahan kimia terlarang,” jelasnya.

Bagi Asmayuzi Abdullah dia amat menekankan keselamata­n dan hasil dalam penggunaan produk. Tambahan pula lambakan jenama ‘timbang kilo’ di pasaran sehingga sukar mengenal pasti produk yang benar-benar selamat.

“Saya sangat berhatihat­i dalam memilih rangkaian penjagaan wajah kerana bimbang kemudarata­nnya. Sebab itu saya selesa menggunaka­n jenama keluaran Jepun. Tidak dinafikan ada kenalan menggunaka­n krim timbang kilo dan menunjukka­n perubahan kulit mereka semakin cantik, namun saya percaya ia untuk jangka pendek saja. Langkah selamat pilih jenama yang mendapat pengesahan dan melalui ujian klinikal sebagai contoh yang dijual di farmasi,” katanya.

Katanya, rutin penjagaan wajah perlu dilakukan secara teratur agar kulit mendapat lembapan secukupnya. Memahami jenis kulit dan tujuan rawatan juga sangat penting sebelum mendapatka­n sebarang produk.

“Untuk saya yang sudah memasuki 41 tahun dan berkulit matang, saya mencari produk yang dapat membantu melambatka­n proses penuaan. Selain itu juga saya turut mencari krim yang dapat menghilang­kan jeragat kesan daripada aktiviti luar. Sebab itu saya tidak lupa memakai krim pelindung matahari setiap kali melakukan aktiviti di luar,” katanya yang menyediaka­n bajet RM600 untuk membeli produk kecantikan yang tahan selama setahun.

 ??  ?? BERHATI-HATI memilih produk kecantikan wajah.
BERHATI-HATI memilih produk kecantikan wajah.
 ??  ?? NUR RIDZUANI
NUR RIDZUANI
 ??  ?? ASMAYUZI
ASMAYUZI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia