Harian Metro

Diet organik

-

Pengambila­n 5 jenis sayur dan buah pelbagai warna berkesan dapatkan kulit idaman

buah daripada warna oren, hijau, merah, ungu dan putih setiap hari,” katanya.

Penyebab masalah kulit juga berpunca daripada makanan kaya gula. Jadi kurangkan pengambila­n gula dan amalkan makanan semula jadi kaya serat menerusi pelbagai cara masakan sihat seperti rebus, bakar, panggang dan kukus.

Namun begitu hakikatnya tidak ramai individu berjaya melepasi halangan dan konsisten dalam pengambila­n makanan sihat mereka. Kesibukan di pejabat, tekanan kerja, terdedah kepada cahaya matahari dan persekitar­an menyebabka­n masalah kulit menjadi lebih teruk. Ini turut diburukkan oleh penggunaan produk kecantikan yang tidak sesuai.

“Atasi masalah ini dengan mengambil makanan tambahan seperti vitamin C yang mengandung­i nutrisi diperlukan kulit. Keberkesan­annya memang tidak dapat dilihat secara terus atau tempoh singkat. Ia berbeza dengan produk penjagaan wajah yang kesannya lebih pantas. Vitamin C mampu menjadikan kulit lebih cantik dan sihat dalam tempoh lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Menyedari kepentinga­n makanan tambahan untuk kecantikan, Nature’s Bounty memperkena­lkan rangkaian produk berasaskan vitamin C yang berfungsi memberi keserian pada kulit.

Menurut Pengarah Pemasaran Newage Sdn Bhd Michael C Mehta, jenama itu percaya bahawa apa yang diletakkan di luar sama pentingnya

seperti apa yang dimasukkan ke dalam badan. Pengambila­n makanan tambahan membantu memanjangk­an jangka hayat kulit dan menjadikan­nya lebih sihat.

“Walaupun produk penjagaan kulit berfungsi memberikan hasil yang diinginkan, namun jangan dilupa kepada makanan tambahan yang membantu kulit mendapat semua khasiat diperlukan,” katanya.

Nature’s Bounty Ester C mudah diserap bagi memastikan pengambila­nnya dioptimumk­an ke dalam badan. Perumusan ini memastikan penghantar­an lebih cepat dan unggul berbanding vitamin C biasa. Ia juga lembut pada perut dan tidak berasid.

Dihasilkan di Amerika Syarikat menggunaka­n bahan semula jadi secara komprehens­if dengan melalui lebih 100 pemeriksaa­n kualiti sepanjang proses pembuatann­ya. Kesemua produk Nature’s Bounty kini boleh didapati di semua rangkaian Watsons seluruh negara.

 ??  ?? MICHAEL (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd Caryn Loh (tiga dari kanan) ketika perasmian Nature’s Bounty, baru-baru ini.
MICHAEL (dua dari kiri) bersama Pengarah Urusan Watsons Personal Care Stores Sdn Bhd Caryn Loh (tiga dari kanan) ketika perasmian Nature’s Bounty, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia