Harian Metro

Penghargaa­n kepada pasangan

-

Wanita daripada pelbagai

lapisan masyarakat turut dirai menerusi Girls Like You

LAGU: ARTIS: PENCIPTA:

TERBITAN/EDARAN:

Jika anda pendengar stesen radio berbahasa Inggeris tempatan, tentunya lagu berjudul Girls Like You ini tidak asing.

Lagu nyanyian Maroon 5 menampilka­n Cardi B ini menjadi antara lagu paling kerap dimainkan stesen radio di Malaysia.

Secara ringkasnya, dari segi melodi, Girls Like You masih mengekalka­n rentak yang menjadi identiti band popular itu.

Dalam kata lain, Maroon 5 masih menyajikan lagu berentak pop rock kepada peminat mereka di seluruh dunia.

Dari segi lirik, ia mengisahka­n mengenai penghargaa­n seorang lelaki kepada wanita yang menjadi pasangan hidupnya.

Tidak hanya itu, Maroon 5 juga cuba meraikan wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang.

Menerusi video muzik Girls Like You, Maroon 5 menampilka­n beberapa wanita dalam kalangan selebriti, aktivis, ikon dan atlet.

Antara wanita yang membuat penampilan khas dalam video muzik ini adalah Camilla Cabello, Sarah Silverman, Gal Gadot, Amani Al-Khatahtbeh, Ellen DeGeneres, Jennifer Lopez, Mary J Blige dan Rita Ora.

Pada pengakhira­n video muzik itu, ditampilka­n isteri Adam sendiri iaitu Behati Prinsloo dan anak mereka, Dusty Rose.

Sejak dimuat naik ke YouTube pada penghujung Mei lalu, video muzik Girls Like You mencecah jumlah tontonan melebihi 700 juta.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia