Harian Metro

KEJUTAN Hazama, Noryn

-

mereka bersama.

Menurut Hazama, sebaik mendapat tahu merakam lagu duet itu dengan Noryn, dia terus bertanya kepada Ajai untuk penjelasan.

“Ini kerana sudah tentu genre muzik saya dan Noryn berbeza. Oleh itu, apakah gandingan kali pertama kami berjaya?

“Noryn memang dikenali dengan muzik R&B dan jazz, manakala saya pula lebih cenderung kepada rock dan pop. Perbezaan genre muzik kami agak ketara.

“Saya tidak dapat membayangk­an akan jadi lagu apa sekiranya penyanyi R&B dan jazz serta rock disatukan. Saya bimbang lagu itu akan rosak kerana saya begitu menjaga kualiti dan perlu siap sedia bertanggun­gjawab jika apa-apa berlaku,” katanya.

Ditanya apakah dia meragui keputusan Ajai, penyanyi lagu Relakan Jiwa dan Di Amaran Mama ini menafikann­ya.

“Saya tidak ragu dengan Ajai, tetapi kurang yakin dengan diri sendiri. Apatah lagi, saya belum pernah bekerjasam­a dengan Noryn yang dikagumi bakatnya menyanyika­n lagu R&B jazz.

“Terus terang, saya utamakan hasil terbaik untuk sesuatu produk seni. Apatah lagi lagu Percayakan Hati Kita itu adalah duet pertama saya dengan penyanyi lain.

“Selama ini, saya menyanyi solo saja. Saya tidak mudah buat keputusan untuk nyanyi duet, tetapi melodi dan lirik lagu Percayakan Hati Kita berjaya menarik perhatian kerana saya sangat sukakannya.

“Sukar untuk saya tolak dan inilah masanya mencabar diri dan cuba buktikan paduan vokal saya dan Noryn sebenarnya boleh bersatu dalam lagu.

“Saya tahu Ajai juga mempunyai keyakinan itu dan tidak ada sebab untuk tolak peluang diberikan. Pada saya, lebih baik cuba dulu untuk lihat hasilnya

“Kini, saya gembira dengan hasil gandingan Ajai untuk saya dan Noryn menyanyika­n lagu Percayakan Hati Kita sebagai pilihan tepat. Harapan saya, semoga pendengar terhibur,” katanya.

Menurut Hazama, dia juga selesa bekerja dengan Ajai kerana komposer terkenal itu seorang yang komited dan tahu apa arah tuju dilakukann­ya untuk seseorang penyanyi.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia