Harian Metro

Tajuk sama, karya berbeza

-

Menyedari tajuk lagunya sama seperti karya Noh Hujan, kata Hafizo, lagu keduanya itu sudah siap sebelum vokalis Hujan itu melancarka­n karya berkenaan menerusi album Angin Kencang tahun lalu.

Menurutnya, dia tidak mempunyai sebarang perancanga­n mengubah tajuk lagunya walaupun pada mulanya ragu-ragu untuk mempertaru­hkan lagu berkenaan sebagai lagu kedua.

“Saya tahu dia ada hasilkan lagu berjudul Renjana dan saya sudah siapkan lagu itu sebelum karyanya dilancarka­n. Mulamula, saya bimbang menjadikan­nya lagu kedua, tetapi rasanya ia dua karya berbeza.

“Saya tidak terfikir menukar tajuk kerana cerita dan konsep yang diketengah­kan adalah berbeza. Jadi, saya kekalkan tajuk dan berharap ia dapat diterima dengan baik,” katanya.

Aktif membabitka­n diri dalam bidang muzik sejak 2014, Hafizo mula melangkah lebih jauh dengan terjun ke arus muzik perdana kerana mahu lagunya didengari semua lapisan masyarakat.

Hafizo tidak menafikan, ada yang menyaranka­n dia tidak meneruskan niat mengukir nama di arus muzik perdana, namun masih ramai yang memberikan sokongan.

“Dalam apa jua situasi, memang akan ada yang kurang setuju dengan keputusan saya untuk mencuba nasib dalam arus perdana. Saya akui, cabarannya memang sangat berbeza apatah lagi di situ sudah ada ‘otai’ yang menguasai hip hop dan rap.

“Bagaimanap­un, rakan memberikan dorongan kerana percaya bakat dan kebolehan yang saya ada boleh membawa saya pergi lebih jauh,” katanya.

 ??  ?? Saya tidak terfikir menukar tajuk kerana cerita dan konsep yang diketengah­kan adalah berbeza
Saya tidak terfikir menukar tajuk kerana cerita dan konsep yang diketengah­kan adalah berbeza
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia