Harian Metro

Buaya 300kg tumpas

- Mohd Rizal Abdullah mohd.rizal@nstp.com.my

„ Sang bedal ‘mendarat’ di tebing sungai ditembak mati

Seekor buaya sepanjang empat meter yang menghuni Sungai Baram, Kampung Dagang, di sini, berjaya ditangkap penduduk, semalam.

Reptilia seberat 300 kilogram (kg) itu ditangkap jam 5 pagi selepas memakan umpan ayam yang dipasang jam 4 petang kelmarin.

Penduduk, Sharbini Ahmad, 40-an, berkata, buaya berkenaan dikesan mula ‘mendarat’ di tebing sungai untuk mencari haiwan ternakan sebagai makanan sejak dua minggu lalu.

Katanya, keadaan itu sekali gus meresahkan penduduk yang kebanyakan­nya menetap berhampira­n tebing sungai kerana kemungkina­n ‘sang bedal’ berkenaan menyerang mereka.

“Bagaimanap­un, keresahan penduduk reda selepas seekor buaya berjaya ditangkap awal pagi tadi (semalam) menggunaka­n perangkap berumpan ayam,” katanya.

Katanya, reptilia ditangkap itu dipercayai buaya yang memakan ayam ternakanny­a dua minggu lalu menyebabka­n penduduk bimbang jika turut menjadi mangsa.

“Terbaru, ayam belanda peliharaan saya turut ‘lesap’ dan selepas diperiksa, saya menemui kesan tapak kaki buaya berhampira­n reban,” katanya.

Katanya, dia kemudian nekad memasang perangkap dan berjaya menangkap buaya berkenaan untuk memastikan tiada lagi ternakan menjadi ‘juadah’ reptilia itu.

“Kira-kira 10 penduduk turut membantu untuk ‘mendaratka­n’ buaya ke tebing sungai dan dipercayai reptilia itu yang menyerang haiwan ternakan saya minggu lalu,” katanya.

Katanya, buaya berkenaan terpaksa ditembak berikutan terlalu agresif ketika cuba dinaikkan ke tebing, selain sebagai langkah keselamata­n kerana bimbang akan menyerang penduduk.

 ??  ?? PENDUDUK menunjukka­n seekor buaya yang ditembak ketika 'mendarat' bagi mencari haiwan ternakan penduduk di Sungai Baram, Kampung Dagang.
PENDUDUK menunjukka­n seekor buaya yang ditembak ketika 'mendarat' bagi mencari haiwan ternakan penduduk di Sungai Baram, Kampung Dagang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia