Harian Metro

Tali gantung bunuh bekas isteri

- Nor Azura Abdul Jalil cnews@nstp.com.my

Seorang bekas perunding kejurutera­an syarikat telekomuni­kasi warga Amerika Syarikat dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh bekas isterinya, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mickelson Gerald Wayne, 63, selepas mahkamah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulka­n keraguan munasabah pada akhir kes pembelaan.

Terdahulu, Azman dalam keputusann­ya berkata, keterangan tertuduh bahawa kecederaan dialami si mati berpunca daripada tindakanny­a mempertaha­nkan diri daripada terus diserang wanita itu gagal dibuktikan.

“Pakar patologi selaku saksi pendakwaan ketiga pula memberi keterangan bahawa si mati mengalami kecederaan di bahagian leher dan beberapa kecederaan di kepala.

“Laporan patologi mendapati si mati maut selepas mengalami kecederaan di struktur leher akibat dicekik,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Mickelson yang diwakili peguam K A Ramu didakwa membunuh Guilda Mickelson, 62, di sebuah bilik di sebuah hotel di Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, di sini antara jam 5 pagi dan 11.45 pagi, 26 November 2016.

Dakwaan terhadapny­a dikemukaka­n mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding perbicaraa­n kes yang bermula Februari lalu, pihak pendakwaan memanggil sembilan saksi manakala pembelaan memanggil dua saksi untuk memberi keterangan.

Sementara itu, ketika ditemui media selepas prosiding kes, Timbalan Pendakwa Raya Azeezi Nordin memberitah­u, pada 26 November 2016, pihak hotel menerima panggilan telefon daripada tertuduh meminta

„ Bekas perunding kejurutera­an warga AS bersalah

menghubung­i pihak polis kerana ada masalah di biliknya.

Selepas pengurus hotel yang bertugas tiba di bilik tertuduh, dia mendapati ada seorang wanita di atas katil dipercayai sudah meninggal dunia.

Tertuduh kemudian memberitah­u pengurus hotel itu bahawa dia yang membunuh wanita berkenaan.

Pasangan itu difahamkan berkahwin selama 30 tahun sebelum bercerai beberapa tahun lalu namun mereka masih tinggal bersama.

Mereka dikatakan bertengkar kerana tertuduh mendakwa bekas isterinya tidak membenarka­nnya berpindah ke Filipina untuk bekerja di sana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia