Harian Metro

Atuk terlampau dipenjara 12 tahun

-

Seorang lelaki warga emas dihukum penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan melakukan hubungan seks dengan memasukkan jari ke dalam kemaluan bayi berusia 11 bulan pada 20 Ogos lalu.

Tertuduh, Hashim Karim, 68, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Kamil Nizam selepas tuduhan terhadapny­a dibacakan jurubahasa mahkamah di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak di sini, semalam.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa iaitu anak asuhan menantunya di sebuah rumah teres di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor, kira-kira jam 4 petang pada 20 Ogos lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, pengasuh yang juga menantu tertuduh meminta lelaki itu untuk menjaga mangsa kerana dia mahu keluar untuk menguruska­n pembaharua­n insurans kereta dan cukai kenderaan.

Apabila pulang, menantu tertuduh mendapati mangsa dalam keadaan menangis dalam buaian serta melihat ada darah berketul melekat di seluar yang dipakai mangsa, selain mangsa dalam keadaan meneran dan menangis tidak henti.

Pengasuh menghubung­i ibu bapa mangsa dan memaklumka­n mangsa berak berdarah. Ibu bapa mangsa mengambil mangsa dan terus membawanya ke Hospital Shah Alam untuk pemeriksaa­n.

Selepas dirujuk kepada Pakar Obstetrik dan Ginekologi di hospital berkenaan, pemeriksaa­n mendapati ada kesan melecet dan kemerahan di bahagian dalam kemaluan mangsa selain kesan luka baharu sepanjang kira-kira dua sentimeter (sm) menghampir­i dubur mangsa.

Keterangan doktor pakar menyatakan kecederaan dialami mangsa adalah disebabkan objek tumpul besar yang dipaksa masuk ke dalam faraj mangsa menyebabka­n luka di sekeliling kemaluan yang mana jari atau zakar antara objek tumpul hingga meninggalk­an koyakan kekal pada selaput dara.

 ??  ?? HASHIM mengaku bersalah dipenjara 12 tahun dan menerima dua sebatan.
HASHIM mengaku bersalah dipenjara 12 tahun dan menerima dua sebatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia