Harian Metro

Perketat SOP laluan VIP

- Hidir Reduan dan Siti Nur Zawani Miscon cnews@nstp.com.my

„ MAHB arah pemeriksaa­n keselamata­n lebih rapi di lapangan terbang

Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB) diarah memperketa­tkan pemeriksaa­n di laluan khas untuk VIP di lapangan terbang.

Arahan dikeluarka­n Kementeria­n Pengangkut­an itu dibuat susulan laporan NSTP yang mendedahka­n laluan itu digunakan untuk membawa masuk wang RM49 juta (AS$12 juta).

Laporan eksklusif itu mendedahka­n dana itu kepunyaan kerajaan, namun dikesan di pejabat Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke berkata, pihaknya memandang serius isu itu dan mengarahka­n MAHB meningkatk­an tahap keselamata­n lapangan terbang terutama di laluan dan

“Kami keluarkan arahan kepada MAHB meneliti semula Prosedur Operasi Standard (SOP) di laluan VIP dan saya turut mengarahka­n MAHB memperketa­tkan prosedur untuk VIP menggunaka­n laluan khas.

“Semasa pentadbira­n kerajaan terdahulu, individu menggunaka­n laluan dan bilik VIP tidak perlu melalui pemeriksaa­n keselamata­n, ia perkara lemah.

“Kami arahkan MAHB memperketa­t pemeriksaa­n di laluan VIP di semua lapangan terbang.

“Laluan VIP ada, namun penggunaan­nya selepas ini perlu lebih mengikut peraturan,” katanya.

Loke berkata demikian dalam sidang media di Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM), di sini, semalam.

Beliau berkata, pemeriksaa­n keselamata­n lebih ketat diperlukan memandangk­an hanya beberapa individu dibenarkan menggunaka­n laluan berkenaan seperti pegawai dan mereka dari kementeria­n.

“Sebelum ini, saya difahamkan pemeriksaa­n terhadap bagasi tangan yang dibawa melalui laluan VIP tidak diperiksa dengan ketat.

“Sekarang, pemeriksaa­n ketat perlu dibuat ke atas bagasi tangan.

“Perkara ini disedari susulan daripada penahanan Datuk Hasanah Abdul Hamid, bekas Ketua Pengarah MEIO.

“Kami mengesan beberapa juta mata wang asing dibawa masuk menerusi lapangan terbang, perkara ini perlu disiasat,” katanya.

 ?? Anthony Loke ?? Semasa pentadbira­n kerajaan terdahulu, individu menggunaka­n laluan dan bilik VIP tidak perlu melalui pemeriksaa­n keselamata­n, ia perkara lemah”
Anthony Loke Semasa pentadbira­n kerajaan terdahulu, individu menggunaka­n laluan dan bilik VIP tidak perlu melalui pemeriksaa­n keselamata­n, ia perkara lemah”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia