Harian Metro

Bina mercu tanda Kerinchi

-

Kerinchi akan mempunyai mercu tanda sendiri untuk memelihara dan memartabat­kan sejarah pembukaan kawasan itu yang sudah wujud sejak 1800-an.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi di tengah Kerinchi untuk tujuan itu.

Fahmi berkata, pembinaan mercu tanda termasuk pintu gerbang di laluan utama Kerinchi itu, direncanak­an untuk menjadi tanda dikenali bukan penduduk

Kerinchi, bahkan orang luar daripada kawasan itu.

“Saya sendiri akan mengadakan beberapa perbincang­an dengan sejarawan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Lokasi pembinaan mercu tanda itu akan diputuskan menjelang penghujung tahun ini,” katanya kepada media selepas merasmikan Seminar Sehari Isu-Isu Mutakhir Kesusaster­aan Melayu Moden di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP Datuk Abang Sallehuddi­n Abang Shokeran dan Pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidik­an DBP Dr Mohd Hanafi Ibrahim.

Niat ikhlas untuk membantu menjadi pendorong utama bekas anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), Kamsiah Mokmin setia berkhidmat bersama agensi berkenaan selama 50 tahun sebelum bersara wajib tahun lalu.

Kamsiah yang berusia 68 tahun dan berasal dari daerah ini berkata, dia meminati pasukan beruniform sejak remaja dan ingin menyertai polis tetapi tidak mendapat keizinan bapanya kerana pekerjaan itu dilihat berbahaya untuk dirinya.

“Saya menyertai APM sebagai sukarelawa­n pada usia 17 tahun iaitu pada 1967 dan ketika itu saya turut bekerja di sebuah syarikat di Pelabuhan Klang.

“Bagaimanap­un, selepas berkahwin, suami meminta saya memilih salah satu sama ada pekerjaan tetap atau terus menjadi sukarelawa­n APM. Oleh kerana minat, saya meninggalk­an kerja tetap

 ??  ?? KAMSIAH (tiga dari kanan) dan anggota APM pada Majlis Perutusan Amanah dan Perhimpuna­n Bulanan APM Selangor, semalam.
KAMSIAH (tiga dari kanan) dan anggota APM pada Majlis Perutusan Amanah dan Perhimpuna­n Bulanan APM Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia