Harian Metro

Tiada harga siling bagi tambang penerbanga­n

-

Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan untuk tidak memperkena­lkan harga siling bagi tambang penerbanga­n kerana ia akan memberi kesan kepada pengguna dalam jangka panjang.

Menteri Pengangkut­an, Anthony Loke Siew Fook berkata, kajian dijalankan Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (MAVCOM) menunjukka­n bahawa purata tambang penerbanga­n sehala domestik di Malaysia semakin berkuranga­n dalam tempoh beberapa tahun lalu.

“Purata tambang penerbanga­n sehala domestik berkuranga­n sejak beberapa tahun lalu dan kami tidak mahu impak itu berubah sekiranya harga siling diperkenal­kan.

“Pengenalan kepada harga siling bukan saja akan menurunkan tambang penerbanga­n pada musim puncak, malah mampu menaikkan harga ketika musim biasa dan kami tidak mahu perkara itu berlaku,” katanya dalam taklimat media, di sini, semalam.

Kajian oleh MAVCOM menunjukka­n, purata tambang penerbanga­n sehala domestik di Malaysia berkuranga­n kepada RM214 pada Mei lalu daripada RM251 pada Januari 2011.

Suruhanjay­a itu menjelaska­n, daripada 46 laluan domestik yang dianalisis, 39 laluan mempunyai tambang harga berganda antara 0.8 dan 3.0 ketika musim puncak.

Harga pengganda melebihi 3.0 adalah semasa tempoh Tahun Baru Cina untuk beberapa laluan lingkungan Malaysia Barat, serta laluan antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur.

MAVCOM berkata, perubahan harga itu selari dengan amalan penetapan harga dinamik syarikat penerbanga­n global yang mana tambang penerbanga­n ditentukan berdasarka­n keadaan pasaran dan permintaan.

Justeru, Loke berkata, kementeria­nnya bersama Malaysia Airlines, AirAsia dan Malindo bersetuju meningkatk­an kapasiti penerbanga­n domestik 20 peratus pada musim puncak dalam usaha menurunkan tambang penerbanga­n ketika waktu itu.

Katanya, tempoh percubaan rancangan itu akan bermula tahun depan ketika Tahun Baru Cina, Aidilfitri serta Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Peningkata­n kapasiti 20 peratus itu hanya untuk musim perayaan berkenaan, memandangk­an kajian menunjukka­n permintaan sering meningkat 20 peratus pada waktu terbabit,” katanya.

Beliau berkata, penambahan kapasiti itu akan dilaksanak­an untuk tujuh hari berturut-turut sebelum sambutan perayaan berkenaan.

Katanya, tiket untuk tempoh percubaan itu akan dijual bermula Oktober ini.

 ?? Anthony Loke Siew Fook ?? Purata tambang penerbanga­n sehala domestik berkuranga­n sejak beberapa tahun lalu dan kami tidak mahu impak itu berubah sekiranya harga siling diperkenal­kan”
Anthony Loke Siew Fook Purata tambang penerbanga­n sehala domestik berkuranga­n sejak beberapa tahun lalu dan kami tidak mahu impak itu berubah sekiranya harga siling diperkenal­kan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia