Harian Metro

Kekal ekosistem automotif negara

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@nstp.com.my

„ PDA, KVP sambut baik struktur SST bantu kurang harga kereta

Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik struktur Cukai Jualan dan Perkhidmat­an (SST) yang baru kerana ia membantu mengurangk­an harga kenderaan Perodua.

Struktur SST yang mengenakan kadar cukai 10 peratus untuk jualan dan enam peratus untuk perkhidmat­an hanya dilaksanak­an sekali saja iaitu di permulaan rantaian perniagaan.

Presiden KVP Musa Zahidin Ahmad Zaidee berkata, kos keseluruha­n kenderaan dapat dikurangka­n sebanyak satu hingga tiga peratus berdasarka­n struktur cukai baru itu berbanding harga di bawah enam peratus bagi Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST).

“Terima kasih kepada kerajaan kerana menerangka­n kepada kami bagaimana struktur cukai baru ini dilaksanak­an,” katanya di sini, semalam.

Isnin lalu, Perodua mengumumka­n harga kenderaann­ya dikurangka­n antara satu dan tiga peratus untuk kebanyakan modelnya berbanding senarai harga di bawah GST enam peratus.

Musa berkata, pihaknya mengucapka­n terima kasih kepada Perodua kerana membuat pesanan komponen dan alat ganti kenderaan yang besar, sekali gus mengekalka­n ekosistem automotif Malaysia.

“Kami berharap kerajaan terus bekerjasam­a dengan pihak berkepenti­ngan dalam ekosistem automotif Malaysia bermula daripada pembekal auto, pengeluar peralatan asli sehingga pengedar sah untuk sebarang dasar yang dibuat pada masa depan,” katanya.

Presiden PDA Khairul Nizam Ayob berkata, penguranga­n harga di antara satu hingga tiga peratus berbanding harga semasa era GST menjadikan industri kompetitif.

Menurutnya, pihaknya akan bekerja keras memberi khidmat terbaik kepada pelanggan.

“Kami menggalakk­an pelanggan mengunjung­i pusat jualan dan pusat servis Perodua di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut mengenai harga baru kenderaan kami,” katanya.

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjual 140,900 unit kenderaan antara Januari dan Julai 2018, iaitu peningkata­n 18.8 peratus daripada 118,600 kenderaan dalam tempoh sama 2017.

 ??  ?? MUSA Zahidin
MUSA Zahidin
 ??  ?? KHAIRUL Nizam
KHAIRUL Nizam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia