Harian Metro

AirAsia dinobat terbaik kali ke-6

-

Kuala Lumpur: AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Asia buat kali keenam di World Travel Award Asia dan Australasi­a 2018.

Syarikat penerbanga­n ini menerima undian tertinggi daripada pemain industri profesiona­l dari seluruh dunia bagi kecemerlan­gan komitmen dalam perkhidmat­an mendahului Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, JetStar Airways, Lucky Air, Nok Air, Scoot, SpiceJet, Tigerair Taiwan dan West Air.

AirAsia juga memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbanga­n Tambang Rendah Terbaik Asia mengatasi Air India Express, Firefly, GoAir, JetKonnect, Jetstar Airways, Lucky Air, Nok Air, SpiceJet dan West Air.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, pihaknya teruja dengan anugerah yang diterima khususnya dengan usaha keras dilakukan untuk menaik taraf perkhidmat­an.

“Kami bekerja keras menaik taraf perkhidmat­an untuk penumpang melalui digitalisa­si bermula daripada proses daftar masuk dan menaiki penerbanga­n hingga ke tempahan dalam talian serta perkhidmat­an bagi mengekalka­n hospitalit­i ASEAN yang unik.

“Pengiktira­fan ini melambangk­an usaha berterusan kami dalam menetapkan piawaian bagi perjalanan tambang rendah di rantau ini,” katanya di sini, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Hong Kong dan Macao, Celia Lao menerima anugerah itu bagi pihak Air Asia di majlis berprestij di InterConti­nental Grand Standford di Hong Kong, baru-baru ini.

World Travel Awards adalah anugerah paling berprestij dan diingini industri global dan pelanconga­n.

 ??  ?? LAO (tengah) mewakili AirAsia bersama dua anugerah yang dimenangi di Hong Kong, baru-baru ini.
LAO (tengah) mewakili AirAsia bersama dua anugerah yang dimenangi di Hong Kong, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia