Harian Metro

BUDAK BERTUAH

- Agensi

„ Bayi 20 bulan ditemui hidup selepas lima hari berseorang­an dalam hutan

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 20 bulan dianggap sebagai bayi ajaib apabila ditemui masih hidup dan sihat selepas hilang di hutan selama lima hari tanpa makanan serta air.

Xiaojiao merayau di kawasan hutan di belakang rumahnya di wilayah Guangxi pada 27 Ogos lalu dan bapanya, Chen Qingran melaporkan kehilangan­nya sehari selepas itu apabila dia gagal menemui anaknya.

Dia dilaporkan bermain bersama abangnya yang berusia enam tahun dan kakaknya berusia empat tahun berhampira­n rumah mereka sebelum hilang di dalam hutan.

Kanak-kanak itu hanya ditemui pada Jumaat lalu oleh seorang pekerja syarikat elektrik yang ternampak Xiaojiao terbaring di atas semak berhampira­n tali air.

Menurut akhbar Hangzhou Daily, seramai 700 orang termasuk anggota polis dan sukarelawa­n terbabit dalam operasi mencari Xiaojiao.

Operasi besar-besaran itu turut membabitka­n skuad anjing pengesan dan pasukan mencari sudah melengkapk­an kawasan carian seluas 2.5 kilometer radius dari lokasi kanak-kanak berkenaan dilaporkan hilang.

Ketika ditemui Xiaojiao mengalami kekurangan air dan badannya penuh dengan gigitan serangga tetapi apa yang menakjubka­n kanak-kanak itu mampu bertahan tanpa air serta makanan selama lima hari.

Xiaojiao segera dihantar ke Hospital Yulin dan doktor yang merawat kanak-kanak itu menganggap kes berkenaan sebagai satu keajaiban.

“Kanak-kanak itu mungkin hidup dengan menjilat air hujan ketika berbaring di atas tanah,” kata seorang doktor, Li Dejian.

 ??  ?? XIAOJIAO dirawat di Hospital Yulin dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun mengalami kekurangan air dalam badan. - Asia Wire DUA bulatan menunjukka­n rumah Xiaojiao dan tempat dia ditemui. - Asia Wire
XIAOJIAO dirawat di Hospital Yulin dan keadaannya dilaporkan stabil walaupun mengalami kekurangan air dalam badan. - Asia Wire DUA bulatan menunjukka­n rumah Xiaojiao dan tempat dia ditemui. - Asia Wire
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia