Harian Metro

Silap pilih hiburan hari pertama sekolah

-

Beijing: Seorang pengetua di sebuah sekolah rendah di China dipecat selepas majlis hari pertama persekolah­an dimeriahka­n dengan satu persembaha­n tarian tiang sekali gus mencetuska­n kemarahan ibu bapa.

Seperti kebanyakan sekolah di China, Tadika Xinshahui di Shenzhen menyambut hari pertama persekolah­an dengan satu majlis dan sering diiringi dengan persembaha­n.

Bagaimanap­un, majlis di tadika itu kelmarin turut menyelitka­n persembaha­n tarian yang menjadi punca pengetuany­a, Lai Rong dipecat.

Beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukka­n seorang wanita yang berpakaian seksi membuat tarian tiang di atas pentas dan disaksikan murid yang berbaris.

Beberapa murid

dilihat meniru gerakan penari berkenaan dan ada yang menari bersama rakan mereka, manakala ibu bapa pula kelihatan terkejut dengan persembaha­n itu.

Beberapa ibu bapa memuat naik video persembaha­n berkenaan dan mengecam sekolah itu serta merancang menukar sekolah anak mereka.

“Tarian tiang di majlis buka sekolah? Bagaimana saya mahu percaya mereka (guru) untuk mengajar anak saya? Saya tidak mahu menghantar anak saya ke sini lagi,” kata seorang bapa di media sosial.

Beberapa jam selepas video berkenaan tular di media sosial, pihak berkuasa pendidikan daerah Bao’an mengumumka­n bahawa pengetua tadika berkenaan dipecat dan tindakan itu disiasat.

“Sekolah lain di daerah ini patut mengambil pengajaran daripada insiden ini dan memegang teguh standard pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan. - AFP

 ??  ?? SEDUTAN video menunjukka­n seorang wanita berpakaian seksi membuat persembaha­n tarian tiang di sebuah tadika di Shenzhen, China. - Asia Wire
SEDUTAN video menunjukka­n seorang wanita berpakaian seksi membuat persembaha­n tarian tiang di sebuah tadika di Shenzhen, China. - Asia Wire

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia