Harian Metro

Terburuk dalam suku abad

- Reuters

Sekurang-kurangnya enam orang maut, manakala lebih sejuta yang lain dinasihatk­an berpindah apabila Taufan Jebi membadai Jepun semalam.

Taufan terburuk dalam 25 tahun itu membawa angin kencang, ombak besar dan hujan lebat ke utara negara itu, manakala lebih 700 penerbanga­n terpaksa dibatalkan termasuk beberapa pesawat antarabang­sa yang tiba dan berlepas di Nagoya dan Osaka, selain pengangkut­an feri.

Jebi yang membawa maksud ‘telan’ dalam bahasa Korea melanda selepas musim panas kali ini melihat hujan lebat, tanah runtuh, banjir dan musim panas melampau yang meragut ratusan nyawa.

Seorang lelaki berusia 71 tahun ditemui mati di celah runtuhan gudang yang dipercayai runtuh akibat angin kuat, manakala seorang lagi warga emas berusia 70 tahun mati terjatuh dari bumbung rumahnya, lapor badan penyiar NHK.

Menurut laporan, lebih 90 orang cedera.

Badan penyiar TBS melaporkan enam kematian.

Siaran televisyen menunjukka­n ombak besar, kereta terbalik, malah puluhan kenderaan terpakai terbakar di pusat pameran.

Rakaman video yang tersebar turut menunjukka­n angin kencang menerbangk­an bumbung stesen kereta api Kyoto hingga ke tingkat bawah menyebabka­n orang

„ Enam maut, lebih sejuta penduduk dinasihatk­an berpindah Taufan Jebi membadai Jepun semalam

ramai bertempiar­an lari menyelamat­kan diri.

Angin kuat dan ombak besar turut menyebabka­n kapal tangki merempuh jambatan yang menghubung­kan lapangan terbang Kansai. Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

 ??  ?? KENDERAAN rosak akibat Taufan Jebi di Osaka. - Reuters
KENDERAAN rosak akibat Taufan Jebi di Osaka. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia