Harian Metro

JANGAN ‘LEMAS’ BERPANJANG­AN

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Ketika kehadiran jurulatih asing masih lagi menjadi tajuk bualan dengan rata-rata menganggap kelompok berkenaan sebagai satu pembaziran, legenda renang negara, Nurul Huda Abdullah mengaku Malaysia masih lagi memerlukan sentuhan luar.

Bagi beliau, buat masa ini, skuad renang negara masih perlu ‘diajar’ jurulatih asing kerana ia adalah keputusan paling baik yang boleh diambil Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM).

ASUM sedang membuat pertimbang­an terbaik bagi mencari jurulatih baharu bagi menggantik­an Paul Birmin gham yang menamatkan tugasnya selepas temasya Sukan Asia Jakarta Palembang 2018.

“Saya percaya ASUM sedang mencari jurulatih baharu untuk skuad renang negara selepas Birmingham meninggalk­an

kita dan pada pendapat saya, mengambil tenaga luar adalah keputusan terbaik berdasarka­n situasi sekarang,” katanya ketika dihubungi semalam.

Jelasnya, berdasarka­n pengalaman lalu, individu yang mampu mengisi kekosongan berkenaan haruslah mempunyai keupayaan dalam menaikkan semula prestasi perenang negara.

“Kita memang mempunyai tenaga tempatan yang sedang mempersiap­kan perenang di peringkat akar umbi, namun kekurangan mereka adalah dalam pembanguna­n kejurulati­han.

“Jurulatih luar ini bukan hanya berpengeta­huan luas dan pengalaman melatih skuad kebangsaan tapi juga kemampuan untuk memperkena­lkan pelan pembanguna­n bagi tenaga tempatan.

“Saya sudah melihat situasi terkini sukan renang di dalam negara dengan kita mempunyai ramai perenang berbakat. Bagaimanap­un, ada di antara mereka masih diasuh dengan menggunaka­n teknik lapuk dan tidak akan menunjukka­n peningkata­n jika kita tidak mementingk­an pembanguna­n serta pembelajar­an jurulatih peringkat akar umbi,” kata Nurul Huda.

Dalam pada itu, Nurul Huda bersetuju dengan pandangan diberikan seorang lagi bekas perenang negara, Marilyn Chua bahawa program pembanguna­n negara agak ketinggala­n dan memerlukan penambahba­ikan.

“Kita tidak akan melihat potensi mereka secara menyeluruh jika situasi ini berterusan. Kita lihat Vietnam, ketika saya masih aktif mereka baru saja membabitka­n diri di Sukan SEA tapi bandingkan prestasi mereka sekarang.

“Sekurang-kurangnya dua perkara perlu dititikber­atkan iaitu program pembanguna­n untuk semua jurulatih terutama mereka yang membabitka­n diri di peringkat akar umbi. Kedua, ubah fokus serta program latihan kita dengan menumpukan kepada pecutan termasuk acara jarak sederhana dan jauh,” katanya.

„ Skuad renang negara perlu bimbingan jurulatih asing untuk bersaing di peringkat antarabang­sa

 ??  ?? BIRMINGHAM (kanan) ketika melatih atlet skuad renang negara.
BIRMINGHAM (kanan) ketika melatih atlet skuad renang negara.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia