Harian Metro

Kekal bersyarat

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@nstp.com.my

„ Rombakan besar-besaran Program Podium dilakukan elak kesilapan berulang

Biarpun Program Podium dianggap gagal dan disaran tutup oleh sesetengah pihak, Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) tetap akan meneruskan­nya dengan syarat ia perlu dirombak secara besar-besaran.

Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, rombakan besar-besaran dan kajian semula membabitka­n semua pihak di dalam Program Podium akan dilakukan bagi memastikan segala kesilapan yang berlaku, tidak berulang lagi.

“Saya rasa untuk tamatkan program ini sekarang tidak adil. Apa yang penting sekarang saya perlu dapatkan laporan penuh hasil bedah siasat di Sukan Asia.

“Tapi saya sudah maklumkan kepada pihak ISN (Institut Sukan Negara) dan MSN (Majlis Sukan Negara) tak boleh ada rombakan kecil.

“Perlu ada rombakan yang besar daripada struktur pengurusan, sistem peruntukan sedia ada dan struktur ganjaran serta hukuman supaya kita dapat pastikan kesilapan dielakkan dan kejayaan akan dikecapi terutama untuk meraih emas pertama di Sukan Olimpik,” katanya pada sidang media pasca Sukan Asia, semalam.

Pada temasya Jakarta-Palembang yang berakhir Ahad lalu, kontinjen negara sekali lagi gagal menempatka­n diri dalam kelompok 10 terbaik selepas turut gagal di Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.

Sejak diperkenal­kan pada 2016, sebanyak RM67

(gambar)

juta dilaburkan untuk Program Podium dan sehubungan itu, bekas Ketua Pengarah MSN, Datuk Mazlan Ahmad menerusi laporan Sukan NSTP semalam mencadangk­an Program Podium ditamatkan serta-merta.

Mazlan yang juga arkitek kepada kejayaan kontinjen negara di Sukan Komanwel 1998 juga mencadangk­an supaya program sukan berprestas­i tinggi dipindahka­n semula ke MSN kerana badan induk itu mempunyai tenaga kerja yang berpengala­man berbanding ISN.

Mengenai cadangan Mazlan itu, Syed Saddiq berkata, pihaknya akan memutuskan dalam mesyuarat

Lembaga Pengurusan MSN yang dipengerus­ikannya tidak lama lagi.

Beliau juga mengesahka­n akan bertemu Pengarah Podium, Tim Newenham - individu paling penting untuk program itu - dalam tempoh terdekat.

Katanya, satu sesi pertemuan bersama semua pemegang taruh juga akan diadakan selepas temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Perak dari 14 hingga 22 September ini bagi mendapatka­n pandangan dan maklum balas.

Sementara itu, Syed Saddiq turut mengumumka­n pelaksanaa­n program latihan ke arah Tokyo 2020 berserta Program Penyediaan atlet ke arah Sukan Asia Hangzhou dan Sukan Komanwel Birmingham

2022.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia