Harian Metro

Millman sekat langkah Federer ‘Selamat jalan Maria’

- AFP

New York: Juara lima kali, Roger Federer tersingkir daripada Terbuka Amerika Syarikat selepas dikejutkan pemain ranking ke-55 dunia dari Australia, John Millman yang mara ke suku akhir menentang bintang Serbia, Novak Djokovic.

Kemenangan Millman 3-6, 7-5, 7-6 (9/7), 7-6 (7/3) itu, sekali gus menghampak­an peminat tenis yang mahu menyaksika­n pertarunga­n dinantikan di antara Federer dan juara dua kali Djokovic yang menewaskan Joao Sousa 6-3, 6-4, 6-3.

Kekalahan Federer itu adalah yang paling awal pernah dialaminya di Terbuka AS sejak tewas di tangan Tommy Robredo pada pusingan keempat 2013.

Ia juga kekalahan pertama buat Federer yang menjuarai 20 kejuaraan utama kepada pemain berada di luar ranking 50 dalam 41 perlawanan di Terbuka AS.

“Saya bagaikan bermimpi,” kata Millman, 29, selepas tamat perlawanan yang mengambil masa tiga jam 35 minit di Gelanggang Arthur Ashe.

“Saya amat menghormat­i Roger dan apa yang dilakukan untuk sukan ini. Dia tetap wira di mata saya.”

Federer memegang mata akhir di set kedua dan ketiga tetapi kegagalan menguasai servis menjejaska­n keseluruha­n permainann­ya dan melakukan 77 kesilapan sekali gus membuka ruang buat Millman menguasai permainan.

“Cuaca sangat panas,” kata Federer yang bajunya basah dengan peluh sepanjang perlawanan.

“Saya seperti kurang udara dan terlalu banyak berpeluh membuatkan saya semakin tidak selesa.”

“John dapat menyesuaik­an diri mungkin kerana dia berasal dari Brisbane iaitu salah satu tempat yang panas di dunia,” katanya.

Millman yang akan menentang seorang lagi idolanya, Djokovic bagi memburu tempat ke separuh akhir berusaha menjadi pemain Australia pertama menjuarai Grand Slam sejak Lleyton Hewitt muncul juara Wimbledon pada

2002. AFP

Maria Sharapova tersingkir daripada Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas tewas kepada pemain Sepanyol, Carla Suarez Navarro 6-4, 6-3 dalam aksi pusingan keempat, semalam.

Kemenangan ke atas Maria dianggap cukup istimewa buat Carla yang menyambut ulang tahun ke-30, juga pada hari sama.

Maria yang juga juara edisi 2006 turun dengan misi untuk mara ke suku akhir buat kali pertama sejak 2012, melakukan 38 kesilapan dan melepaskan enam pukulan servis.

Kekalahan itu menamatkan rekod cemerlang bekas pemain nombor satu dunia berkenaan yang melakar 23 kemenangan - 22 daripadany­a di Stadium Arthur Ashe.

“Maria sudah banyak kali bermain di sini pada waktu malam, jadi saya sedar saya perlu menjadi lebih agresif, fokus dan bermain dengan

Carla hantar pulang juara 2006

 ??  ?? FEDERER sugul meninggalk­an
gelanggang.
FEDERER sugul meninggalk­an gelanggang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia