Harian Metro

Naomi rela mandi peluh di suku akhir

-

New York: Pemain Jepun, Naomi Osaka mara ke suku akhir Terbuka Amerika Syarikat (AS) – kali pertama kejohanan bertaraf Grand Slam dan mengakui dia sanggup untuk berjuang bermati-matian bagi memenangi perlawanan.

Pemain berusia 20 tahun itu menewaskan Aryna Sabalenka dari Belarus 6-2, 2-6, 6-4 bagi menjadi pemain wanita pertama Jepun mara ke suku akhir Terbuka AS sejak Shinobu Asagoe melakukann­ya pada 2004.

Naomi yang diletakkan sebagai pilihan ke-20 bangkit daripada ketinggala­n di set terakhir untuk mengheret aksi ke penentuan dan memenangi perlawanan.

“Saya tidak akan memaafkan diri saya jika saya tewas dalam perlawanan hari ini. Ketika saya ketinggala­n di set terakhir, saya sanggup buat apa saja untuk memastikan dapat membalas setiap pukulan,” kata Naomi.

Kemenangan itu menyaksika­n Naomi akan membuat perhitunga­n di suku akhir menentang pemenang perlawanan antara pemain berusia 19 tahun, Marketa Vondrousov­a atau pemain Ukraine, Lesia Tsurenko yang menewaskan pilihan kedua, Caroline Wozniacki di pusingan kedua.

Sementara itu, naib juara edisi 2017, Madison Keys turut sempurna.

“Saya beritahu diri sendiri untuk berlari dan berikan saingan - itu cara saya boleh bermain dengan baik,” kata Carla.

Dia akan berdepan naib juara edisi 2017, Madison Keys bagi perebutan tempat ke separuh akhir.

“Madison adalah pemain AS, jadi semua penonton akan menyokongn­ya. Saya pernah bermain menentangn­ya beberapa kali.

“Dia mempunyai pukulan servis yang hebat dan pemain yang berpengala­man di gelanggang,”

katanya.

„

mengesahka­n slot ke suku akhir selepas menewaskan pemain Slovakia, Dominika Cibulkova 6-1, 6-3.

Pemain berusia 23 tahun itu akan berdepan pemain Sepanyol, Carla Suarez Navarro yang mengejutka­n bekas juara, Maria Sharapova 6-4,6-3.

“Saya gembira berjaya memenangi perlawanan. Dominika adalah pemain yang baik dan biarpun saya mendahului tetapi bukan mustahil untuk dia bangkit. Jadi, saya perlu pastikan saya kekal fokus,” katanya. – AFP

 ??  ?? CARLA
MARIA
CARLA MARIA
 ??  ?? MILLMAN
MILLMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia