Harian Metro

Nama Messi tercicir

- Agensi

„ Ronaldo, Modric, Salah rebut anugerah pemain terbaik dunia

Buat julung kalinya dalam tempoh sedekad, nama Lionel Messi tercicir daripada senarai akhir anugerah pemain terbaik dunia FIFA ketika musuh utamanya Cristiano Ronaldo perlu bersaing hebat dengan Luka Modric dan Mohamed Salah untuk memenangin­ya buat kali keenam.

Messi mendominas­i anugerah itu bersama Ronaldo sejak sedekad lalu, namun gagal menempatka­n diri dalam finalis tiga pemain terakhir untuk kali pertama sejak 2006.

Messi yang juga pemenang lima kali anugerah berkenaan, turut terpilih sebagai pemenang kedua sepanjang lima kemenangan terdahulu Ronaldo pada 2008, 2013, 2014, 2016 and 2017.

Ronaldo menamatkan tempoh sembilan tahun di Real Madrid dengan penuh bergaya apabila memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara dalam tempoh lima tahun terakhir sebelum membawa haluan ke Juventus Julai lalu.

Bagaimanap­un, ia bukan jaminan untuk bintang Portugal

(gambar)

itu mencipta sejarah baru memenangi anugerah itu buat kali keenam ketika bekas rakan sepasukann­ya di Real, Modric menjadi pilihan utama pada malam 24 September ini.

Malah, Modric berpeluang meletakkan namanya selaku pemenang baru selepas 10 tahun berikutan aksi menakjubka­n bersama kelab dan negara.

Selain memainkan peranan berkesan dalam perjalanan Real menyambar Liga Juara-Juara, perancang Croatia itu turut menjulang anugerah Bola Emas selepas membantu pasukannya mara kali pertama ke pentas final Piala Dunia, sebelum tumpas kepada Perancis.

"Saya amat berharap Modric memenangi anugerah ini kerana saya fikir persembaha­n memukaunya di Piala Dunia begitu istimewa," kata bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel yang bertindak sebagai duta FIFA.

"Dia adalah lelaki pendiam ketika bersama Real Madrid, tetapi dia umpama pemimpin hebat yang gah mengemudi pasukannya di Piala Dunia. Dia memakai lilitan kapten, mengepalai pasukan, lelaki pertama yang akan cuba melakukan terjahan, dan ini adalah sisi baru Luka Modric yang belum pernah dilihat."

Salah meledak 44 gol dalam musim pertamanya di Liverpool untuk mengetepik­an Messi dan bintang Piala Dunia Perancis, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann untuk tiga finalis terakhir.

Perancis mungkin tidak berjaya memecah kelompok pemain terbaik, namun dua jurulatihn­ya - pengurus Piala Dunia Perancis Didier Deschamps dan bekas bos Real Real Madrid, Zinedine Zidane menyertai pengendali Croatia, Zlatko Dalic untuk anugerah jurulatih terbaik.

 ??  ?? SALAH
RONALDO
SALAH RONALDO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia