Harian Metro

Schmeichel pertahan Mourinho AMARAN GUARDIOLA

- Agensi

London: Bekas penjaga gol Manchester United, Peter Schmeichel menegaskan kelab itu masih berada di landasan tepat di bawah kendalian pengurus, Jose Mourinho.

United bangkit selepas episod kekalahan di tangan Brighton dan Tottenham Hotspur apabila melakar kemenangan 2-0 ke atas Burnley kelmarin, sekali gus meredakan sedikit tekanan yang menyelubun­gi Old Trafford.

Mourinho sejak kebelakang­an ini sering berselisih faham dengan media apabila beliau meminta supaya dihormati, berdasarka­n rekodnya sebagai pengurus dan situasi yang dialaminya ketika ini apabila tidak mendapat peluang membawa masuk pemain baharu.

Bagaimanap­un, Schmeichel menyifatka­n dua trofi yang dimenangi pengurus dari Portugal itu di musim pertamanya mengendali­kan United pada 2016/2017, selain menamatkan saingan di tempat kedua di belakang Manchester City musim lalu – pencapaian terbaik United dalam aksi liga sejak Alex Ferguson bersara pada 2013 – sebagai tanda pasukan itu menunjukka­n peningkata­n.

“United menunjukka­n peningkata­n, mereka berdepan cabaran sukar sejak Alex Ferguson dan David Gill (bekas Ketua Pegawai Eksekutif) meninggalk­an kelab pada masa yang sama. Ia meninggalk­an kelab tanpa pengalaman yang diperlukan untuk sebuah kelab besar di dunia.

“United semakin hampir, kita boleh bercakap mengenai kesilapan tetapi kita ada Jose Mourinho yang sudah terbukti kredibilit­inya. Beliau memenangi Liga Europa, Piala Liga dan mara ke final Piala FA. United melakukan dengan baik dan berada di landasan tepat untuk melakukan yang lebih baik,” katanya.

Mourinho dikritik hebat apabila gagal menyuntik motivasi bagi mendapatka­n aksi terbaik dua bintang kelab itu, Paul Pogba dan Alexis Sanchez, selain corak permainan yang bertentang­an dengan tradisi kelab itu di bawah kendalian Ferguson.

Namun, Schmeichel yang memenangi lima gelaran Liga Perdana Inggeris ketika berada di Old Trafford percaya ada banyak perkara yang boleh membuatkan penyokong berasa teruja. – AFP

„ Sane ‘digugurkan’ daripada kesebelasa­n utama City Sabtu lalu berikutan tidak puas hati dengan sikap Pemain Muda PFA itu

Manchester

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus menegaskan ketiadaan Leroy Sane yang tidak disenaraik­an bagi menghadapi perlawanan menentang Newcastle United, Sabtu lalu adalah satu amaran daripada pengurus, Pep Guardiola.

Sane yang dinobatkan sebagai Pemain Muda Terbaik PFA musim lalu, gagal menempatka­n diri dalam kesebelasa­n utama

City untuk empat perlawanan, malah tidak kelihatan di bangku simpanan ketika kelab itu menewaskan Newcastle 2-1 di Stadium Etihad.

Guardiola berkata, keputusan itu adalah disebabkan percaturan taktikal biarpun laporan mengatakan pengurus berkenaan tidak berpuas hati dengan sikap Sane ketika sesi latihan.

“Ia adalah perkara biasa dengan skuad menakjubka­n seperti ini. Hari ini Sane, tetapi pada masa akan datang, ia mungkin giliran saya atau pemain lain,” kata Jesus.

“Saya akan terus bekerja keras bagi mengelak perkara itu berlaku kepada saya. “Kami semua tahu kualiti yang dimiliki Sane dan dia penting untuk kelab. Namun, ini baru permulaan musim.

“Ia perkara biasa apabila ada pemain lain yang bermula dengan cemerlang berbanding pemain lain. Saya hanya harap apabila dia kembali bersama pasukan, dia akan berikan 100 peraturs dan boleh membantu kami.”

Sane akan menyertai skuad Jerman minggu ini selepas diketepika­n ketika kempen Piala Dunia, Jun lalu.

Bagaimanap­un,

Jesus, 21, tidak dipanggil menyertai skuad Brazil kali ini bagi menghadapi aksi persahabat­an menentang El Salvador dan Amerika Syarikat selepas gagal menjaringk­an gol pada Piala Dunia.

“Perkara itu berlaku. Sejak beberapa tahun ini saya sentiasa dipanggil. Kali ini, tidak...ia perkara biasa dan saya faham,” katanya.

 ??  ?? GUARDIOLA JESUS (kanan) enggan terima nasib seperti Sane.
GUARDIOLA JESUS (kanan) enggan terima nasib seperti Sane.
 ??  ?? MOURINHO sering berselisih faham dengan media sejak kebelakang­an ini.
MOURINHO sering berselisih faham dengan media sejak kebelakang­an ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia