Harian Metro

Tonggak JDT lanjut kontrak

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Masa depan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dilihat terus cerah selepas ramai tonggak pasukan itu memilih untuk kekal bersama pasukan terbabit bagi musim akan datang.

Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards mengesahka­n tiga pemain mudanya sudah menyambung kontrak untuk jangka masa panjang, sekali gus akan membantu skuad Harimau Selatan itu meneruskan momentum yang dilakar sejak beberapa tahun ini.

Malah, beberapa pemain lain juga turut akan meneruskan khidmat bersama pasukan itu selepas menyambung kontrak mereka antara satu hingga tiga tahun.

“Safawi Rasid, Haziq Nadzli dan Syamer Kutty sudah menandatan­gani perjanjian baharu selama empat tahun iaitu sehingga 2022,” kata Edwards menerusi akaun rasmi Johor Southern Tigers.

“Fazly Mazlan, Izham Tarmizi Roslan, Fadhli Shas dan Azrif Nasrulhaq sudah menandatan­gani kontrak hingga 2021, sementara Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Fazail dan Gary Steven Robbat pula hingga 2020.”

Lebih menggembir­akan, dua tonggak pertahanan pasukan itu, S Kunanlan dan Aidil Zafuan Abdul Radzak turut memperbaha­rui kontrak mereka, selain beberapa pemain dijangka terus kekal bersama pasukan.

“Kunanlan melanjutka­n kontrak satu musim dengan pilihan untuk memperbaha­rui satu tahun lagi sehingga 2020 dan Aidil melanjutka­n kontrak sehingga 2019.

“Terdapat beberapa pemain tempatan yang turut mempunyai kontrak sehingga penghujung musim 2019 dan JDT masih berunding dengan tiga pemain lagi,” katanya.

Pada masa sama, JDT dilihat mahu ‘memadamkan’ impian pasukan lain yang cuba mengintai khidmat pemain mereka apabila turut memasukkan syarat pembelian yang bernilai jutaan ringgit.

“Syarat pembelian antara RM6 juta hingga RM15 juta juga termasuk dalam kontrak,” katanya.

Langkah ini boleh dianggap tepat memandangk­an JDT akan menempuh cabaran baharu pada musim hadapan selepas melayakkan diri ke peringkat kumpulan saingan Liga Juara Juara Asia

(ACL) 2019.

 ??  ??
 ??  ?? SAFAWI (kiri) kekal
sehingga 2022.
SAFAWI (kiri) kekal sehingga 2022.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia