Harian Metro

Saya bukan bintang: Nik Akif

-

Nilai: Pemain muda, Nik Akif Syahiran Nik Mat

mengakui dirinya belum layak digelar bintang meskipun berjaya mendapat tempat dalam skuad kebangsaan ketika baru berusia 19 tahun.

Pemain tengah Kelantan itu berjaya mencuri tumpuan selepas membantu skuad bawah 19 (B-19) tahun menjuarai Kejohanan AFF di Indonesia pada Julai lalu dan skuad B-23 mara ke pusingan kedua Sukan Asia Jakarta-Palembang yang berakhir Ahad lalu.

Kini dia mendapat kepercayaa­n jurulatih Tan Cheng Hoe untuk bersama skuad Harimau Malaya bagi mengharung­i dua aksi persahabat­an antarabang­sa menentang Taiwan di Taipei City Jumaat ini dan Kemboja di Phnom Penh, Isnin depan.

“Alhamdulil­lah syukur kerana saya mendapat panggilan menyertai skuad senior, saya mahu guna peluang ini sebaik mungkin dan akan berusaha merebut tempat

(gambar)

dalam pasukan,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan semalam.

Selain Nik Akif, Cheng Hoe turut menyenarai­kan penyerang muda Akhyar Rashid bersama pasukan kali ini.

Nik Akif berkata, dia perlu bekerja keras untuk merebut tempat kerana pencapaian bersama skuad B-19 dan B-23 tidak akan menjamin kedudukann­ya dalam skuad Harimau Malaya.

“Ini rezeki hasil kerja keras saya, ini karier saya jadi saya kena terus berusaha dan tidak boleh berpuas hati. Masih banyak yang saya kena belajar dan perbaiki,” katanya.

Sebelum saingan Piala AFF, Nik Akif turut memiliki tugas besar bersama skuad B-19 kendalian Bojan Hodak di Kejohanan AFC, Indonesia bulan depan.

Ketika ditanya adakah dia mampu menyahut cabaran itu, Nik Akif berkata: “Penat memang penat tapi ini kerja saya, Insya-Allah saya boleh menguruska­nnya.”

Wan Mohd Anwari berharap, penghijrah­an Akhyar itu nanti akan dapat membuka mata dan memberi inspirasi kepada pemain muda lain untuk membuat keputusan berani untuk beraksi bersama kelab di luar negara.

Tegasnya, pemain muda Malaysia patut mencontohi langkah berani penyerang PKNP FC, Shahrel Fikri yang kini beraksi di Thailand bersama kelab Nakhon Ratchasima FC.

Mengulas lanjut, setakat ini, pemain pilihan skuad Datuk Ong Kim Swee itu belum menerima tawaran rasmi daripada mana-mana kelab.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia