Harian Metro

Akhyar intai aksi di Jepun, Thailand

- Haika Khazi mfaizul@nstp.com.my

Lumpur: Tonggak skuad bawah 23 tahun (B-23), Akhyar Rashid

kini sedang mengintai peluang untuk beraksi bersama kelab di Jepun dan Thailand bagi mengembang­kan lagi kariernya di pentas lebih tinggi.

Selepas beraksi cemerlang bersama skuad negara di temasya Sukan Asia 2018 yang berakhir minggu lalu, kelibat serta kelincahan pemain Kedah ini dikatakan mula menarik perhatian beberapa kelab termasuk

(gambar)

dari luar negara.

Berikutan itu, ejen yang dilantik Akhyar mengakui mereka sedang berusaha memastikan impian pemain berusia 18 tahun berkenaan akan menjadi kenyataan.

Ketua Pegawai Operasi Marquee Management Sdn Bhd, Wan Mohd Anwari Wan Amran, mengesahka­n mereka kini sedang berunding dengan beberapa kelab di Liga 1 Thailand dan divisyen 2 Liga Jepun (J2) yang berminat untuk mendapatka­n khidmat Akhyar yang beraksi di posisi penyerang dan sayap.

Bagaimanap­un, Wan Mohd Anwari menegaskan pihaknya tidak boleh mendedahka­n nama kelab terbabit buat masa sekarang kerana mereka belum membuat sebarang pengesahan sama ada mahu memanggil Akhyar untuk menjalani ujian kecergasan dan fizikal.

“Selaku ejen dilantik Akhyar, saya berharap Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dapat memberikan kerjasama dan melepaskan pemain jika ada mana-mana kelab dari luar negara berminat mendapatka­n khidmatnya.

“Kami akan menghantar Akhyar bermain secara 'pinjaman' kerana dia masih mempunyai kontrak setahun bersama KFA,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia