Harian Metro

Terkejut temui sepupu tersangkut pada perahu

-

Beaufort: Seorang nelayan terkejut apabila menemui sepupunya dalam keadaan tidak sedarkan diri tersangkut pada perahu yang terbalik di perairan Sawangan, Kuala Penyu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 10.55 pagi itu, lelaki berusia 50 tahun terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas keluar memancing di kawasan berhampira­n.

Bagaimanap­un, ketika dalam perjalanan pulang, dia ternampak sebuah perahu di tengah laut sebelum segera mendekati dan terkejut apabila menemui sepupunya Ag Johari Ag Panjang, 56, tersangkut pada perahu itu dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superinten­dan

Azmir Abd Razak berkata, nelayan terbabit kemudian memaklumka­n kepada rakan nelayan lain sebelum mereka membawa mangsa ke jeti berhampira­n sebuah stesen minyak di Kuala Penyu.

Katanya, sebaik tiba di jeti, mereka segera menghubung­i pihak ambulans untuk mendapatka­n bantuan.

“Pasukan perubatan yang tiba kemudian mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia. Mangsa berasal dari Kampung Binsuluk, Membakut,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam.

Azmir berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala

Penyu untuk proses bedah siasat dan pegawai perubatan mengesahka­n tiada unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat mengesahka­n mangsa mati akibat lemas dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut, namun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

 ??  ?? PERAHU milik mangsa yang ditemui terbalik di perairan Sawangan, Kuala
Penyu dibawa balik ke jeti oleh sekumpulan nelayan.
PERAHU milik mangsa yang ditemui terbalik di perairan Sawangan, Kuala Penyu dibawa balik ke jeti oleh sekumpulan nelayan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia