Harian Metro

Tak puas hati ditegur

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@nstp.com.my

„ Drebar bas serang anak saudara dengan parang di kedai telefon bimbit

Angkara dendam selepas ditegur kerana menampar teman wanita anak saudaranya, seorang pemandu bas menyerang lelaki terbabit dengan parang di sebuah kedai telefon bimbit di Jalan Market di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun itu datang dalam keadaan marah ke premis anak saudaranya yang berusia 28 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Ng Ah Lek berkata, suspek membawa sebilah parang dibalut bersama surat khabar kemudian terus menghayunk­an ke arah seorang lagi anak saudaranya yang juga adik mangsa berusia 25 tahun.

Katanya, tindakan suspek itu mengejutka­n lelaki terbabit yang kemudian mempertaha­nkan diri selepas melihat bapa saudaranya itu cuba menyerang adik lelakinya.

“Adik mangsa mengalami kecederaan pada tangan kiri ketika cuba mempertaha­nkan diri. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian berjaya menahan suspek sebelum polis dipanggil untuk menahannya.

“Suspek kemudian ditahan polis bersama sebilah parang, manakala anak saudaranya itu membuat laporan di Balai Polis Sentral untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Ah Lek berkata, siasatan awal mendapati kejadian bermotifka­n dendam kerana suspek tidak berpuas hati ditegur mangsa kerana menampar teman wanita anak saudaranya itu pada sambutan Tahun Baru Cina lalu.

Katanya, berdasarka­n rekod kesihatan, suspek disahkan mempunyai masalah mental dan masalah keluarga, selain sering membuat kecoh di kawasan kejiranan tempat tinggalnya.

“Suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an kecederaan parah, manakala adik lelaki mangsa menerima rawatan pesakit luar di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan disahkan stabil,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia