Harian Metro

‘Sorok’ bawah tilam

- Nazllie Zainu cnews@nstp.com.my

„ Imigresen tahan 58 individu daripada 640 PATI yang diperiksa

Terjun ke laut selain cuba lari menerusi bumbung rumah. Itu antara tindakan nekad pendatang asing tanpa izin (PATI) bagi mengelak ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam Op Mega, di sini, kelmarin.

Serbuan bermula jam 12.30 tengah malam itu menyebabka­n ada PATI sanggup terjun dari tingkap rumah selain bersembuny­i di bawah tilam semata-mata mahu mengelak ditahan.

Bagaimanap­un, kecekapan anggota penguat kuasa menyebabka­n semua PATI lelaki berusia 20 hingga 30 tahun ditangkap.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, sepanjang operasi itu, pihaknya memeriksa 640 individu dan menangkap 58 PATI di dua lokasi kerana tiada dokumen pengenalan diri.

Katanya, semua PATI ditahan adalah warga Filipina.

Beliau berkata, pihaknya komited dalam mengatasi masalah PATI yang sering dikaitkan dengan Sabah.

“Keseluruha­nnya 1,010 operasi dijalankan di negeri ini dengan 3,309 PATI ditangkap sepanjang tahun ini,” katanya selepas Op Mega di sekitar bandar raya ini yang turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman.

Operasi lebih tiga jam itu dijalankan di kawasan setinggan Kampung Gentisan di Sepanggar dan Kampung Baru Tanjung Aru Fasa 1, di sini.

Dalam pada itu, Mustafar turut meminta majikan di negeri ini tidak menggaji pekerja asing sewenang-wenangnya.

“Kita tahu negara memerlukan pekerja asing tetapi bukan secara tanpa izin. Majikan perlu bertanggun­gjawab dan tidak mengambil jalan mudah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia