Harian Metro

Penyakit selesema burung terkawal

-

Sandakan: Wabak selesema burung di Sabah masih terkawal walaupun penularan penyakit itu dikesan di dua lokasi baharu iaitu Kampung Laya-Laya dan Kampung Ladang Estate, Tenghilan di Tuaran.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan negeri Junz Wong berkata, beliau belum menerima maklumat penuh mengenai kes baharu itu, namun yakin lokasi berkenaan dalam kawasan kawalan.

Katanya, orang ramai tidak perlu bimbang terhadap wabak berkenaan kerana sehingga kini, tiada kes membabitka­n penduduk yang mengalami simptom virus selesema burung.

“Saya percaya ia bukan kes baharu sebab (kawasan dijangkiti) berada dalam pemantauan dan kawasan kawalan.

“Mungkin masih ada ayam (dijangkiti wabak) berada dalam kawasan kawalan dan ia bukan perkara luar biasa,” katanya selepas Majlis Penyerahan Tugas Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS), di sini, semalam.

Pada Ogos lalu, Tuaran diisytihar­kan kawasan wabak penyakit selesema burung selepas ayam di dua ladang ternakan di Kampung Kauluan, dikesan dijangkiti virus berkenaan.

Wong berkata, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (JPV) masih melaksanak­an pemantauan di kawasan terbabit.

Sementara itu, ketua operasi wabak selesema burung JPV, Dr Suhaili Lusin berkata, tiada ladang ternakan ayam komersial yang terbabit di kedua-dua kawasan baharu dikenal pasti positif jangkitan virus berkenaan.

“JPV mengisytih­arkan daerah Tuaran sebagai kawasan positif selesema burung pada 23 Ogos lalu diikuti kawasan Tenghilan pada keesokanny­a,” katanya.

Berdasarka­n surat bertarikh kelmarin dikeluarka­n Bilik Operasi JPV Tuaran kepada polis, JPV menjalanka­n operasi memusnahka­n unggas di kawasan terbabit bermula kelmarin hingga hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia