Harian Metro

Kekal hukuman gantung

- Fardy Bungga fardy@nstp.com.my

Mahkamah Rayuan Persekutua­n menolak rayuan penasihat servis kereta, semalam, bagi mengetepik­an hukuman gantung sampai mati dijatuhkan terhadapny­a pada Disember 2016 atas kesalahan mengedar dadah.

Mahkamah mengekalka­n hukuman terhadap Henry Chan Kok Loon, 34, yang didapati bersalah mengedar dadah syabu seberat 1,514.7 gram (1.51 kilogram) dalam bagasi dibawanya.

Chan ditahan di perkaranga­n Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (KKIA) oleh sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sebelum pemeriksaa­n lanjut menemui dadah di dalam pemilikann­ya pada 12 Februari 2015.

Chan yang diwakili peguam Hamid Ismail mendakwa dia tidak tahu mengenai dadah berkenaan sehingga diberitahu polis selepas penahanann­ya.

Bagaimanap­un, kenyataan tertuduh itu gagal meyakinkan lima hakim yang kemudian sebulat suara memutuskan keputusan dibuat Mahkamah Tinggi sebelum ini tepat dan hukuman dikekalkan.

Chan dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Lima hakim yang membuat keputusan itu diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Ahmad Maarop dan dibarisi Datuk Azahar Mohamed, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Datuk Mohd Zawawi Salleh serta Datuk Rhodzariah Bujang.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret, di sini, dua lelaki warga asing dipenjara dan diarahkan dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas didapati bersalah memiliki syabu.

Tertuduh pertama, Nordin Rahman, 32, dikenakan hukuman penjara 22 bulan kerana didapati memiliki dadah syabu seberat 5.02 gram manakala tertuduh kedua Ibrahim

Kyim, 31, dikenakan 10 bulan penjara kerana membawa 11 gram syabu.

Majistret, Cindy Mc Juce Balitus, mengarahka­n kedua-dua tertuduh menjalani hukuman bermula tarikh ditangkap pada November 2017.

„ Mahkamah tolak rayuan lelaki dituduh edar dadah

 ??  ?? CHAN dibawa keluar dari Mahkamah Rayuan Persekutua­n.
CHAN dibawa keluar dari Mahkamah Rayuan Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia