Harian Metro

MATI SEBELUM BAKAR

„ CEO Cradle Fund dipercayai sudah meninggal dunia sebelum insiden kebakaran di rumah

- Mohd Azam Shah Yaacob dan Sarah Zulkifli cnews@nstp.com.my

> Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, dipercayai sudah meninggal dunia sebelum bilik rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, terbakar 14 Jun lalu. Hasil siasatan itu menyebabka­n polis menahan isterinya serta bekas suami wanita berkenaan dan kedua-duanya direman tujuh hari bermula semalam, lapor Mohd Azam Shah Yaacob dan Sarah Zulkifli

FAKTA Dua individu termasuk balu mangsa ditahan polis

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn Bhd, Nazrin Hassan, 47, dipercayai sudah meninggal dunia terlebih dulu sebelum insiden kebakaran di rumahnya di Mutiara Homes, Petaling Jaya, 14 Jun lalu.

Sumber berkata, ketika kejadian jam 12.20 tengah hari di bilik tingkat atas rumah Semi-D berkenaan, hanya mangsa dan isteri bersama dua anaknya berada di kediaman itu.

Kematian mangsa yang pada mulanya dikatakan akibat kebakaran menimbulka­n misteri apabila laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukka­n ada kesan petrol di lokasi kejadian.

Hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati selain kesan melecur di bahagian muka, dada, kepala dan lengan, terdapat dua kesan lubang pada kepala sebelah kiri mangsa.

Susulan itu, dua individu termasuk balu kepada mangsa ditahan polis untuk membantu siasatan, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, tangkapan pertama membabitka­n seorang lelaki berusia 43 tahun, jam 1 pagi.

Katanya, tangkapan kedua pula membabitka­n balu kepada Allahyarha­m Nazrin berusia 43 tahun yang ditahan jam 2.15 pagi.

“Suspek pertama iaitu lelaki terbabit ditahan di Sepang, Selangor, adalah bekas suami kepada balu Allahyarha­m Nazrin.

“Suspek kedua iaitu balu Allahyarha­m ditahan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, di sini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Fadzil berkata, tangkapan itu dibuat berikutan siasatan kematian Nazrin yang diklasifik­asikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Ia dilakukan selepas laporan forensik JBPM menunjukka­n ada kesan petrol di lokasi kejadian,” katanya.

Katanya, susulan laporan itu, pihaknya sudah merakam percakapan beberapa saksi termasuk balu Allahyarha­m Nazrin.

Kira-kira jam 11 pagi semalam, kedua-dua suspek terbabit direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

Perintah reman dikeluarka­n Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Hairul Azhar Mohd Ishak. Terdahulu, wanita berkenaan yang memakai baju-t hitam dilihat tiba di mahkamah dengan diiringi anggota polis sebelum keluar dari bilik reman pada jam 12.20 tengah hari.

Suspek yang juga senior eksekutif di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyI- PO) kelihatan muram ketika berada di dalam bilik reman.

Sebelum ini, pada 14 Ogos lalu, suspek membidas JBPM kerana membuat dakwaan tidak benar mengenai kes kematian mengejut suaminya yang kemudian diklasifik­asikan semula sebagai kes bunuh.

Bagaimanap­un, tuduhan wanita berkenaan disangkal JBPM yang menyatakan keputusan diumumkan adalah berdasarka­n hasil siasatan serta laporan forensik dijalankan di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, Nazrin ditemui maut dengan kesan terbakar 30 peratus pada bahagian badannya akibat kebakaran.

Ketika kejadian, difahamkan hanya ada balu Allahyarha­m serta anaknya di rumah itu.

Namun, mereka dikatakan tidak menyedari kejadian yang berlaku kerana berada di ruang tamu tingkat bawah manakala Allahyarha­m berseorang­an dalam bilik di tingkat atas.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LAPORAN Harian Metro
15 Jun lalu.
LAPORAN Harian Metro 15 Jun lalu.
 ??  ?? NA Z R I N
NA Z R I N

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia