Harian Metro

30 KES SEHARI

„ 500 kes penyamaran melalui telefon dilapor bulan lalu

- Hasbi Sidek cnews@nstp.com.my

Angka mengejutka­n apabila hampir 30 kes dilaporkan setiap hari berhubung penipuan melalui panggilan telefon atau Macau Scam dengan anggaran kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Statistik itu dikeluarka­n Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) melalui laman Facebook (FB) rasmi Cyber Crime Alert Royal Police Malaysia, kelmarin.

“Kes penyamaran telefon makin menjadi-jadi setiap hari. Hampir 30 kes di seluruh Malaysia dilaporkan dan membabitka­n kerugian beratus-ratus ribu.

“Sebanyak lebih kurang 500 kes dilaporkan membabitka­n penipuan penyamaran telefon pada Ogos 2018,” menurut dua posting berbeza yang dimuat naik di laman sosial itu.

Menurut laman FB itu, walaupun banyak usaha dijalankan JSJK dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kesedaran kepada orang awam, namun masih ada mangsa terpedaya.

“Polis juga sering memaparkan di akhbar dan media sosial mengenai isu ini. Tetapi, setiap hari kes makin juga bertambah.

“Kebanyakan mangsa adalah dalam lingkungan usia 51 tahun ke atas. Habis simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), duit pencen dan simpanan 40 tahun bekerja,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah JSJK Bukit Aman (Multimedia dan Siber) Senior Asisten Komisioner Ahmad Noordin Ismail berkata, statistik dimuat naik melalui FB milik pihaknya adalah sahih.

“Kami memang sengaja memuat naiknya untuk memberi kesedaran kepada orang awam berhubung pelbagai penipuan penyamaran yang dilakukan melalui telefon dan sebagainya.

“Orang ramai boleh membuat semakan nombor akaun penerima melalui portal JSJK di http://ccid.rmp.gov. my/semakmule/,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia