Harian Metro

Pemimpin DAP minta Amanah nyatakan pendirian rasmi

-

Seorang pemimpin DAP meminta Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan pendirian rasmi parti itu berhubung hukuman sebatan terhadap pasangan lesbian di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Isnin lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah berkata, ini kerana kenyataan Ketua Wanita Amanah Dr Siti Mariah Mahmud yang menyokong hukuman itu adalah bertentang­an dengan dasar kerajaan baru yang memperjuan­gkan prinsip keadilan.

“Permintaan supaya Amanah membuat kenyataan rasmi berhubung hukuman ini ialah kenyataan peribadi saya bukan pendirian DAP.

“(Dr Siti Mariah) kena jelaskan apa yang beliau cakap. Selain itu, Amanah juga perlu beri kenyataan untuk perjelaska­n perkara ini,” katanya di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN), semalam.

Hian Wah berkata, hukuman sebatan itu bercanggah prinsip kerajaan baharu yang mengamalka­n sikap timbang rasa dan prihatin kepada semua golongan. Hukuman sebat terhadap pesalah jenayah syariah termasuk lesbian hanya boleh dikenakan selepas pindaan enakmen syariah diluluskan.

Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata, pada masa ini pindaan yang diluluskan ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu dalam proses untuk diwartakan.

Katanya, pindaan membenarka­n sebat dilakukan di khalayak ramai itu termaktub di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Kelantan 2002 (pindaan 2017).

“Kerajaan negeri sudah meminda beberapa enakmen tahun lalu termasuk Enakmen Tatacara Jenayah

Syariah itu dan juga Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985.

“Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 dalam proses untuk dimasukkan dalam sidang DUN nanti, manakala antara yang dipinda di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah termasuk menaikkan hukuman seperti peruntukan 355 dan kesalahan musahaqah (pasangan sejenis) dimasukkan untuk hukuman sebat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, semalam.

Turut hadir, Exco Pembanguna­n Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri Datuk Nasaruddin Daud dan Pengarah Jabatan Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) Datuk Che Mohd Rahim Jusoh.

 ??  ?? HIAN Wah
HIAN Wah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia