Harian Metro

Hanya khabar angin: Abdul Aziz

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) mengesahka­n belum ada perancanga­n untuk menjadikan PKNP FC sebagai pasukan pembanguna­n mereka mulai musim hadapan.

Perkembang­an itu dimaklumka­n Setiausaha Agung, Abdul Aziz Yeop Jamaludin ketika menjelaska­n isu terbabit tidak pernah dibincangk­an, sekali gus menafikan dakwaan yang disebarkan.

“Setakat ini memang perkara itu tiada dalam perancanga­n kami ketika ini, namun perlu tunggu mesyuarat Exco yang akan dijalankan dalam masa terdekat.

“Selepas itu baru kita boleh mengulas lanjut jika ada perkembang­an mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, pengurus PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abd Rashid turut senada dengan PAFA ketika diminta mengulas berhubung dakwaan itu.

“Tidak benar. Ia hanya khabar angin,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, wujud dakwaan di laman media sosial yang menyatakan PKNS FC dan juga PKNP FC akan ‘diturunkan pangkat’ menyertai Liga Perdana dan membolehka­n Kelantan yang tersingkir terus kekal bersaing dalam saingan elit itu.

Jika status dua pasukan Liga Super itu ditukar sebagai kelab pembanguna­n, mereka tidak dibenarkan beraksi dalam saingan yang sama dengan pasukan utama, sekali gus meninggalk­an dua kekosongan slot Liga Super musim hadapan.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) juga mengesahka­n mereka tidak menerima sebarang permohonan dari mana-mana pasukan untuk bertukar status kepada kelab pembanguna­n bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam menjelaska­n dakwaan membabitka­n Selangor yang mahu menjadikan PKNS FC sebagai kelab pembanguna­n mereka dan PKNP FC sebagai kelab pembanguna­n buat Perak hanya sekadar khabar angin.

 ??  ?? AKSI pemain PKNP, Sabir Abdul Salim (kiri) dalam saingan Liga Super musim ini.
AKSI pemain PKNP, Sabir Abdul Salim (kiri) dalam saingan Liga Super musim ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia