Harian Metro

RM300 CAJ SYAHADAH

Sindiket jual agama minta bayaran RM300 untuk sertai kegiatan mengemis

- lapor Yusmizal Dolah Aling

Bayaran RM300 dikenakan untuk memeluk Islam dan kemudianny­a mualaf ini dieksploit­asi memungut derma atau meminta sedekah dengan sebahagian besar sumbangan perlu diserahkan kepada sindiket. Kegiatan itu didedahkan Pengerusi Yayasan Mualaf Malaysia Shila Lama Abdullah yang menerima lapan aduan setakat ini,

Bayar RM300 untuk peluk Islam dan peras mualaf yang dipaksa meminta sedekah atau mengutip derma.

Itu taktik sindiket yang memperguna­kan saudara baru untuk mengaut keuntungan mudah dengan menjual agama demi kepentinga­n sendiri.

Mendedahka­n perkara itu, Pengerusi Yayasan Mualaf Malaysia (YMM), Shila Lama Abdullah berkata, sindiket terbabit menjadikan orang bukan Islam sebagai sasaran dan memujuk mereka memeluk Islam.

Katanya, mereka akan mengenal pasti mangsa melalui program dianjurkan agensi berwajib ataupun pertubuhan bukan kerajaan sebelum mendekati mereka dan menawarkan khidmat untuk memeluk Islam dengan bayaran tertentu.

“Sindiket ini akan pujuk mereka yang menunjukka­n minat mendalami Islam termasuk gelandanga­n kononnya akan mendapat banyak manfaat selepas tukar agama kerana banyak bantuan disediakan untuk saudara baru.

“Sindiket ini mengenakan caj RM300 bagi membolehka­n mereka masuk Islam. Ada wakil yang akan menjadi pegawai mengislamk­an mereka dan kita tidak tahu apa latar belakang mereka.

“YMM juga dimaklumka­n, mereka yang memeluk Islam melalui sindiket ini kemudian disuruh meminta sedekah dan wang yang diperoleh akan diserahkan kepada sindiket,” katanya.

Selain itu, katanya, mereka juga menyasarka­n pengemis dalam kalangan gelandanga­n untuk mengumpul derma di beberapa kawasan strategik di ibu negara seperti masjid dan wang kutipan itu akan diserahkan kepada sindiket terbabit.

“Sebahagian besar kutipan akan diberikan kepada sindiket dan mualaf ini hanya mendapat sejumlah kecil saja. Mereka akan dipaksa meminta sedekah khususnya waktu solat Jumaat,” katanya.

Shila berkata, pihaknya bimbang keadaan itu menyebabka­n timbul tanggapan tidak baik terhadap Islam, apatah lagi ada bayaran dikenakan untuk menjadi muslim.

Katanya, sebelum ini pihaknya menerima kehadiran individu yang bertanyaka­n mengenai jumlah bayaran dikenakan untuk masuk Islam.

“Saya jelaskan, tidak ada bayaran untuk masuk Islam kerana ia adalah hidayah Allah. Dari situ mereka maklumkan pernah didatangi orang tertentu meminta duit untuk tukar agama.

“Ini tidak betul kerana agama tidak boleh dijual beli. Sebelum ini kita ada kes orang masuk Islam sebab nakkan habuan, tetapi kini orang masuk Islam dikenakan bayaran,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berwajib melakukan siasatan terperinci kerana ia jelas mencemarka­n kedudukan Islam secara keseluruha­n.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya akan menjalanka­n siasatan berhubung perkara itu dan mengambil tindakan lanjut.

“Kami akan semak dan ambil tindakan bersesuaia­n sekiranya benar wujud keadaan seperti itu di ibu negara,” katanya.

Kami akan semak dan ambil tindakan bersesuaia­n sekiranya benar wujud keadaan seperti itu di ibu negara”

Mohd Ajib Ismail

 ??  ??
 ??  ?? SHILA Lama menerima aduan dan menemu bual mangsa (kanan) kes jual agama.
SHILA Lama menerima aduan dan menemu bual mangsa (kanan) kes jual agama.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia