Harian Metro

HANTAR NASI KE LAPANGAN TERBANG

Pasangan menetap di Jepun bergegas masak agih makanan untuk warga Malaysia terkandas akibat taufan

- Mohd Jamilul Anbia Md Denin cnews@nstp.com.my

“Saya ambil keputusan memasak nasi dan laukpauk sebanyak mungkin untuk disumbangk­an kepada rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai dan sekitar bandar Osaka di sini,” ujar rakyat Malaysia, Rosmarlina Abd Ganiumur, 36, yang berdepan bencana Taufan Jebi.

Dia yang menetap di Osaka, Jepun mendakwa taufan Jebi berakhir petang kelmarin sebelum Jepun dikejutkan pula dengan bencana gempa bumi di Hokkaido, pagi semalam.

“Saya dapat maklumat berhubung semua mangsa yang terkandas itu melalui laman sosial Facebook Road

to Japan. Saya cuba hubungi mereka melalui private message selain berusaha mendapatka­n nombor telefon mereka.

“Selepas memperoleh nombor telefon mangsa, saya gunakan aplikasi WhatsApp untuk berhubung dan mengesan lokasi mereka,” katanya.

Menurutnya, dia kemudian bertanyaka­n keadaan semua mangsa serta bentuk bantuan diperlukan.

“Rata-rata mereka memberitah­u perlukan makanan. Jadi saya sedaya upaya memasak menu Malaysia khas untuk mereka.

“Mujur bahagian dapur rumah saya tidak mengalami kerosakan serius kesan taufan Jebi. Selepas siap memasak, saya dan suami, Yusop Aliumur, 42, mengagihka­n puluhan bungkusan makanan di tiga lokasi berbeza iaitu di Shin Osaka, Namba dan Shinsaibas­hi.

“Kami turut memberikan tambahan roti dan ikan tuna dalam tin untuk mereka. Selain itu, suami saya dan seorang lagi rakan membantu mangsa yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kansai jam 1 pagi tadi (semalam),” katanya.

Mereka turut membantu mengagihka­n makanan kepada 17 rakyat Malaysia selain dua kanak-kanak yang terkandas di Stesen Izumisano.

“Separuh daripada mereka bagaimanap­un meneruskan perjalanan menaiki kereta api ke Nagoya manakala separuh lagi dibawa berlindung di sebuah pangsapuri di Osaka.

“Selain itu, dua lagi mangsa dibawa pulang ke rumah kami sebelum diberi makanan. Mereka kemudian meneruskan perjalanan ke Tokyo dengan menaiki bas,” katanya.

Menurutnya, bantuan diberikan secara percuma tanpa mengharapk­an apa-apa balasan.

“Saya bergenang air mata ketika membantu mereka walaupun sebenarnya masih trauma dengan kesan taufan Jebi yang merosakkan rumah kami.

“Kami dahulukan kebajikan pelancong Malaysia di sini, atas rasa kemanusiaa­n dan cintakan tanah air. Apabila semua selesai, barulah kami bersihkan rumah yang rosak akibat taufan, Selasa lalu,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohd Fuzayme Nordin yang berada di Fuchu, Tokyo, berkongsi rasa terkejut apabila Hokkaido, Jepun dilanda gempa bumi dengan kekuatan 6.7 magnitud, pagi semalam.

“Rasa cemas akibat taufan Jebi belum hilang sepenuhnya dan kini Jepun dilanda gempa bumi pula,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RAKYAT Malaysia yang terkandas di Stesen Izumisano turut diberi bantuan.
RAKYAT Malaysia yang terkandas di Stesen Izumisano turut diberi bantuan.
 ??  ?? MANGSA Taufan Jebi yang diberi m a ka n a n .
MANGSA Taufan Jebi yang diberi m a ka n a n .
 ??  ?? SUMBANGAN makanan diberi kepada pelancong Malaysia yang terkandas di Osaka.
SUMBANGAN makanan diberi kepada pelancong Malaysia yang terkandas di Osaka.
 ??  ?? MAKANAN yang disediakan untuk membantu mangsa terkandas.
MAKANAN yang disediakan untuk membantu mangsa terkandas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia