Harian Metro

Amukan suami

- Faris Fuad cnews@nstp.com.my

„ Wanita Bangladesh cedera di perut ditikam penangan ketika bertengkar

Seorang wanita hanya mampu menahan sakit sambil menekup kecederaan di perut selepas dirodok pisau sebanyak tiga kali oleh suaminya.

Dalam kejadian jam 5.30 pagi semalam, mangsa warga Bangladesh, ditikam di sebuah rumah di Taman Bukit Teratai, di sini, selepas berlaku pergaduhan.

Salah seorang saksi kejadian, Zairul Azimat, 40 berkata, dia sempat mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

Dia mendakwa berada di luar rumah dan sedang memanaskan enjin keretanya untuk ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang bagi membuka perniagaan kafeteria.

Katanya, mangsa yang berjalan ke arah rumahnya kelihatan tidak bermaya dan meminta dihantar ke hospital berdekatan bagi mendapatka­n rawatan.

“Namun melihat keadaannya yang berlumuran darah selain mendakwa ditikam suami, saya segera menghubung­i pihak polis kerana wujud unsur jenayah.

“Saya rasa lebih elok polis siasat perkara itu. Tidak lama kemudian, ambulans tiba dan mengambil mangsa sebelum dihantar ke Hospital Ampang,” katanya ketika dihubungi wartawan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 26 tahun ditikam menggunaka­n objek tajam oleh suaminya selepas berlaku pertengkar­an.

Susulan itu, katanya, suspek yang juga pelarian Rohingya dari Myanmar melarikan diri dari tempat kejadian.

“Mangsa datang ke Malaysia dua tahun lalu dan berkahwin dengan suspek. Semakan lanjut mendapati pasangan itu tidak mempunyai dokumen sah menetap di negara ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia