Harian Metro

Besar ganjaran tunai fardu kifayah

-

Berjawatan sebagai

Pengurus Kanan Laporan Kewangan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) di ibu negara, Suhadi Mohd Irwan sebenarnya mula terbabit menguruska­n jenazah ketika berusia 18 tahun semasa melanjutka­n pengajian dalam jurusan perakaunan di Universiti Teknologi Queensland, Brisbane, Australia menerusi tajaan MARA.

Tempat tinggalnya ketika itu berhampira­n dengan Masjid West End, Brisbane dan dia bersama pelajar lain antara jemaah yang selalu pergi ke masjid berkenaan.

“Pada satu hari, imam masjid yang saya masih ingat namanya Odey berasal

dari Jordan dan bilal, Mustopha mengajak pelajar Malaysia yang berkelapan­gan solat berjemaah di situ untuk membantu uruskan jenazah seorang warga Indonesia berusia 70 tahun yang meninggal dunia akibat sakit tua.

“Jenazah berkenaan sebelum itu dibawa dari Majlis Perbandara­n Brisbane untuk urusan tertentu termasuk mendapatka­n permit penguburan. Selepas itu, barulah diberi kuasa kepada Masjid West End untuk menguruska­n jenazah sehingga disemadika­n.

“Pada mulanya memang rasa takut-takut hendak buka beg mayat tetapi saya tetap memberanik­an diri untuk bantu uruskan jenazah itu.

“Termasuk waris dan saya ketika itu ada empat orang menguruska­n jenazah berkenaan. Odey dan Mustopha memberikan tunjuk ajar sebab memang saya tiada asas ilmu urusan jenazah,” katanya.

Sekembalin­ya ke negara ini, katanya, dia tidak meneruskan kerja pengurusan jenazah tetapi terbabit semula ketika menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Penduduk Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.

“Saya terima maklumat seorang penunggang motosikal meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas terbabas dan melanggar pokok kira-kira jam 7.30 pagi pada 2016.

“Jenazah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan selesai urusan itu, tiada orang berkelapan­gan hendak uruskan.

“Saya menawarkan diri uruskan hingga selesai sebelum jenazah dihantar ke rumah keluargany­a di Johor Bahru,” katanya.

Menurutnya, dia hanya menguruska­n keperluan jenazah bagaimanap­un tidak mempunyai van untuk mengangkut jenazah.

Katanya, dia bersyukur keluarga termasuk isteri, Zaiwani Wahab, 41, dan dua anak mereka, Nur Faiqah Faqihah, 15, serta Nur Syafiyah Syafiqah, 14, memahami minatnya yang sukarela menguruska­n jenazah.

“Kematian berlaku tidak tentu masa. Pernah sehari sebelum Aidilfitri dua tahun lalu, saya sekeluarga sudah dalam perjalanan untuk membeli pakaian raya untuk anak-anak dan tiba-tiba dapat panggilan ada kematian untuk diuruskan,” katanya. “Jika dulu dalam kereta memang sentiasa ada bawa parang sebab kerap berhadapan situasi perbalahan.

“Sekarang lain, kena ‘standby’ kain kafan dan kelengkapa­n urusan jenazah,” kata Nik Muhamad Nik Anuar yang bekerja sebagai penarik kereta.

Menurutnya, dia mula terbabit menguruska­n jenazah secara tidak sengaja ketika minum di sebuah restoran sambil menunggu kes kemalangan atau kenderaan rosak untuk ditarik ke bengkel.

Ketika itu, katanya, Mohd Zulhairi Zainol yang juga rakan sekolahnya minum di restoran berkenaan dan tiba-tiba meminta bantuannya menguruska­n jenazah tanpa waris di Hospital Kajang.

“Kes pertama dalam hidup saya menguruska­n jenazah sepenuhnya bermula mandi hingga kebumi adalah jenazah warga emas berusia 60-an yang tidak mempunyai waris.

“Ketika itu saya memang tidak mengerti, tiada asas dan agak gementar sebab tidak pernah uruskan jenazah. Kuala Lumpur: “Besar ganjaran Allah kurniakan kepada mereka yang melakukan fardhu kifayah. Urusan menguruska­n jenazah adalah selari maksud hadis ‘Barangsiap­a yang memudahkan urusan orang lain, maka Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat’ (Hadis riwayat Muslim),” kata Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Beliau mengulas kesanggupa­n tiga lelaki dari Bangi, Selangor yang meluangkan masa dan tenaga menguruska­n jenazah khususnya waris kurang berkemampu­an tanpa mengharapk­an bayaran.

Dr Abdul Rahman turut mencadangk­an, individu yang melakukan kebajikan seumpamany­a turut diberikan penghargaa­n

“Semua ilmu pengurusan jenazah saya dapat secara amali, Mohd Zulhairi yang ajar termasuk cara potongan kain kapan, susunannya, mandi dan kapankan jenazah.

“Selepas selesai semua urusan jenazah itu, saya terasa ingin melakukann­ya lagi sebab puas dapat bantu si mati.

“Sebelum ini buat kerja menunda kenderaan, saya hanya fikirkan duit. Sekarang sekiranya ada dua panggilan serentak antara urus jenazah dan tarik kereta, saya tolak tarik kereta dan berikan pada kawan yang lain untuk memilih uruskan jenazah,” katanya.

Menurutnya, dia bersyukur kerja hakikinya sebagai tukang tarik kereta memberikan kelebihan untuknya berhadapan jenazah uzur yang perlu diuruskan sebab dia pernah bantu mengutip cebisan mayat mangsa kemalangan ketika bertugas.

Mengulas pandangan skeptikal segelintir orang mengaitkan mayat dengan badi, dia menggangga­p itu hanya mainan syaitan dan iblis yang mahu menyesatka­n manusia. di atas dunia oleh pihak berwajib selain apa yang dijanjikan Allah.

“Kita perlu menghargai mereka dan sekali gus menimbulka­n inspirasi supaya ramai turut serta melakukan kebajikan yang sama. Ini amalan digalakkan dalam agama Islam.

“Di sisi Allah, sekiranya dilaksanak­an dengan penuh keikhlasan, ganjaranny­a amat besar. Malah, selagi ada kain kafan yang dipakaikan kepada si mati, pahala berterusan akan mengalir kepada yang melakukan khidmat amal menguruska­n jenazah itu,” katanya.

 ?? Suhaidi
Mohd Zulhairi ?? Mulanya memang takut nak buka beg
mayat
Saya mahu bantu golongan kurang mampu
Suhaidi Mohd Zulhairi Mulanya memang takut nak buka beg mayat Saya mahu bantu golongan kurang mampu
 ?? Dr Abdul Rahman ?? Kita perlu menghargai mereka dan sekali gus menimbulka­n inspirasi”
Dr Abdul Rahman Kita perlu menghargai mereka dan sekali gus menimbulka­n inspirasi”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia