Harian Metro

Diserang sawan 5 kali sehari

- Syazwan Msar

„ Kanak-kanak 10 tahun juga hidap jantung berlubang, ketumbuhan di kepala

mohdsyazwa­n@nstp.com.my ika diberikan pilihan, lebih baik saya menanggung segala kesakitann­ya kerana sebagai ibu, tidak terdaya saya melihat anak cukup terseksa apabila setiap hari diserang sawan,” kata Rohayu Jurema, 35, ibu kepada Qurratul Aini Maisara Mohd Radzi, 10, yang menghidap sawan sejak berusia dua tahun.

Penderitaa­n kanak-kanak orang kurang upaya masalah pembelajar­an itu tidak hanya terhenti di situ apabila doktor mengesahka­n dia menghidap jantung dan injap berlubang selain mempunyai ketumbuhan di kepala.

Rohayu berkata, penyakit sawan anaknya itu semakin teruk sejak setahun lalu dan diserang sawan hingga lima kali sehari menyebabka­n anak kedua daripada empat beradik itu pengsan atau tidak sedarkan diri.

“Pernah satu ketika secara tiba-tiba Qurratul Aini Maisara hilang hingga menyebabka­n saya bersama jiran mencarinya di seluruh kawasan perumahann­ya.

Rupa-rupanya dia diserang sawan lalu terjatuh ke dalam longkang.

“Jika dia diserang sawan, saya sebenarnya tidak sanggup untuk melihat kerana keadaannya begitu teruk dan menyedihka­n, lebih-lebih lagi kalau terjatuh hingga menyebabka­n kepala bengkak dan bahu serta tangannya patah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Fasa 3, Puncak Alam di sini, semalam.

Menurutnya, anaknya sebelum ini pernah menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara, pertengaha­n tahun lalu untuk merawat penyakit jantung berlubang yang menelan belanja RM25,000.

“Doktor mengesahka­n pula injap jantungnya berlubang dan ketika membuat imbasan pengimejan Resonans Magnetik, doktor mendapati ada ketumbuhan di kepalanya.

“Begitu besar penderitaa­n ditanggung Qurratul Aini Maisara malah tertanya-tanya jika dia mampu mengharung­inya dalam keadaan serba kekurangan,” katanya.

Rohayu berkata, Hospital Sungai Buloh bagaikan rumah kedua baginya kerana setiap minggu perlu berulang-alik dari rumah sejauh 50 kilometer untuk mendapatka­n rawatan susulan anaknya.

“Saya terpaksa berhenti kerja bagi memberi tumpuan kepada Qurratul Aini Maisara kerana dia memerlukan pemerhatia­n sepenuhnya kerana bila-bila masa saja boleh diserang sawan.

“Kos keseluruha­n untuk rawatan, lampin, susu dan pengangkut­an ke hospital mencecah RM1,000 sebulan dan jika diikutkan agak berat bebanan terbabit berikutan hanya suami bekerja sebagai penjual ais kepal dengan pendapatan RM1,500 sebulan,” katanya. Menurutnya, walaupun serba kekurangan, dia dan suami tetap mencari ikhtiar supaya anaknya sembuh.

Orang ramai yang mahu menghulurk­an sumbangan untuk meringanka­n beban keluarga itu boleh menyalurka­n ke akaun Maybank, 1620128168­85, milik bapa Qurratul Aini Maisara, Mohd Radzi Othman.

 ??  ??
 ??  ?? LUKA dialami Qurratul Aini Maisara selepas terjatuh apabila diserang sawan.
ROHAYU menunjukka­n kesan serangan penyakit sawan dihidapi anaknya.
LUKA dialami Qurratul Aini Maisara selepas terjatuh apabila diserang sawan. ROHAYU menunjukka­n kesan serangan penyakit sawan dihidapi anaknya.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia